Sebelum ini, Ustaz Abu Syafiq didakwa telah memuat naik status bahawa dia kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew yang sering menghulurkan bantuan.
Terbaru, menerusi satu video memaparkan Ustaz Abu Syafiq mencadangkan kepada semua rakyat Malaysia agar menghapuskan tulisan Cina.
Video tersebut telah tular selepas seorang pengguna laman Twitter Khalids memuat naik video tersebut.
Cetuskan kemarahan orang ramai
Video yang tidak diketahui tarikh sebenar direkodkan dan dipercayai video lama telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.
Menerusi video tersebut, Ustaz Abu Syafiq didakwa ingin menghapuskan tulisan Cina di Malaysia dengan membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan-papan tanda yang mengandungi tulisan tersebut.
Sehubungan dengan itu, beberapa selebriti antaranya adalah Alvin Chong dan pengarah terkenal Michael Ang turut tidak terlepas memberi komen terhadap video tersebut.
Bila Michael Ang bersuara
Menurut beliau tindakan menghapuskan tulisan Cina dikatakan adalah wajar kerana di Malaysia telah mempunyai bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan tulisan serta bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan.
Ekoran dari itu, Michael Ang menyatakan bahawa dia lebih rela hidup berjiran dengan rakyat Rohingya berbanding hidup berjiran dengan seseorang yang suka menimbulkan isu perkauman.
Tambah Michael Ang lagi, tindakan Ustaz Abu Syafiq telah memalukan nama baik agama Islam.
Giliran Alvin Tan keluarkan pendapat pula
Selain itu, Alvin Tan juga turut bersependapat dengan Michael Ang bahawa tindakan Ustaz Abu Syafiq akan menjadi punca kepada perpecahan perpaduan rakyat.
Disamping itu, Alvin turut berkata, menggunakan agama sebagai alasan untuk bertindak sedemikian adalah tidak wajar.
Selain itu, Alvin Tan turut berpendapat bahawa Ustaz Abu Syafiq tidak layak menjadi seorang yang bergelar ustaz.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut meninggalkan komen mengenai perkara tersebut.