[VIDEO] “Minta mandi jam 2 pagi & potong kuku” Menitis Air Mata Jihan dan Nabil di Meletop
Pada Isnin minggu lalu, berita pemergian pelawak popular Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa sebagai Abam Bocey sangat mengejutkan ramai pihak. Apatah lagi rakan terdekatnya yang turut terkejut dan merasa kehilangan Abam Bocey sehinggakan ramai selebriti terkenal tidak kira penyanyi mahupun pelakon atau pelawak berkongsikan kisah mereka bersama. Walau bagaimanapun, […]
Minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak popular Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa sebagai Abam Bocey.
Ramai rakan artis dan kenalan yang turut terkejut dan merasa kehilangan Abam Bocey sehinggakan ramai selebriti terkenal tidak kira penyanyi mahupun pelakon atau pelawak berkongsikan kisah mereka bersama Allahyarham.
Namun, dapat dilihat jelas juga betapa sedihnya Fad dan Achey apabila kehilangan salah seorang anggota kumpulan mereka itu yang difahamkan mula bersama sejak tahun 2012.
Kumpulan Bocey pada asalnya gabungan kumpulan Bochik dan Achey sudah sebati dengan peminat komedi tanah air.
Meskipun begitu, ahli keluarga sendiri terutamanya adik Abam, Ali Puteh pasti lebih merasai kehilangan Allahyarham.
Terbaru, setelah lebih seminggu pemergian Abam Bocey, Ali bersama Fad dan Achey bertiga telah dijemput ke rancangan Meletop semalam dan berkongsikan kenangan terindah mereka bersama.
Selepas Fad dan Achey berkongsi momen-momen mereka bersama Allahyarham, Ali membuka mulut berkongsi kisah bersama Allahyarham sebelum pemergiannya.
Menurut Ali, mereka pernah berjanji untuk tidak terlalu berkongsikan bahawa mereka adik-beradik, ekoran ingin mengelak sebarang masalah yang akan berlaku.
Malah, Ali juga mengatakan ada satu perangai ‘pelik’ seminggu sebelum perginya Abam dimana dia memberitahu agar mak mereka duduk bersama Ali.
Tambahnya lagi, Abam juga memberitahu jiwanya kosong dan merasa tenang.
Sehari sebelum perginya Abam pada pagi Isnin, Abam menelefon maknya kerana tidak dapat ikut untuk menemani maknya berubat kerana sakit.
Ali juga ada bertanyakan isteri Abam apa yang berlaku pada malam berkenaan, isterinya memberitahu Abam meminta untuk mandi pada jam 2 pagi selain kukunya semua dipotong.
Rata-rata netizen terkesan dengan perkongsian mereka bertiga dan mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.