Beberapa hari lepas baru saja dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019, nama Haneesya Hanee sudah mula dihimpit kontroversi.
Terdapat beberapa video viral di media sosial kini dimana seorang gadis mirip Hanee berparti sakan di sebuah kelab malam ternama sambil menikmati minuman keras (arak).
https://www.youtube.com/watch?v=lEcOLAX102g
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan bagaimana gadis dengan berperwatakan agak ‘liar’ boleh diangkat sebagai ikon. Ia boleh memberikan pengaruh buruk kepada masyarakat.
Kami tidak mahu mengulas lanjut mengenai video yang tersebar ini, tidak pasti lagi jika gadis tersebut adalah Hanee ataupun tidak.
Bagaimanapun, pemenang Dewi Remaja ini harus tampil memberikan penjelasan dengan segera agar tiada lagi spekulasi liar terus tercetus.
Sebelum ini, gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga.
Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Selain itu, gelaran Dewi Favorite dan Dewi Inspirasi turut diberikan di episod akhir ini.
Gelaran Dewi Favorite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja disandang oleh Arena Iman.
Peserta dari Kelantan, Aween Ismail yang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan berjaya menyandang gelaran Dewi Inspirasi.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.