Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Mizz Nina Yang Bimbing Saya, Jika Tidak Mungkin Saya Jadi Penagih” Noh Hujan

Dunia hiburan tidak asing lagi dengan pasangan penyanyi ini iaitu Noh Hujan dan Mizz Nina. Mereka berkahwin pada 2011 yang pada ketika itu kedua-duanya masih aktif dalam bidang nyanyi.

Penghijrahan Mizz Nina dan Noh Hujan sering dijadikan contoh untuk pasangan lain. Melihat pasangan suami isteri saling berusaha untuk meningkatkan diri kepada Allah menjadikan pasangan ingin sering tular dimedia sosial.

Pasangan selebriti ini juga antara yang menarik perhatian ramai kerana sikap mereka yang sentiasa merendah diri terutama selepas penghijrahan Mizz Nina.

Ramai yang mengagumi penghijrahan Mizz Nina tetapi ramai yang tidak sedar mengenai penghijrahan suaminya Noh Hujan. Terkini vokalis kumpulan Hujan itu dilihat aktif dalam misi kemanusiaan bersama isterinya Mizz Nina.

Vokalis kumpulan Hujan itu turut menceritakan kembali detik penghijrahannya dan menerusi satu perkongsian video di media sosial Noh mengakui sebelum ini dia tidak meluangkan banyak masa bersama keluarga disebabkan aktif dalam bidang muzik.

“Saya rasa kehilangan masa bersama keluarga disebabkan muzik dulu. Jadi sekarang ni dah bahagikan masa muzik 20 hingga 30 peratus sahaja. Selebihnya adalah untuk santai dengan keluarga.

“Lepas kahwin baru perasan, saya kena slow down untuk muzik yang banyak show sana sini dan rasa baik habiskan masa dengan keluarga, bersedekahn dan sebagainya,” kata Noh.

“Dulu aku pernah persoalkan semua benda, apa tujuan kehidupan kenapa Tuhan letak aku di sini, kenapa Tuhan bagi aku ada band macam ni. Akhirnya jika aku mati, adakah aku akan meninggalkan macam tu je?”

Noh turut menyatakan mengenai penghijrahan Mizz Nina yang membuatkan ramai orang menyangka dia adalah orang yang berjaya mengubah isterinya.

Namun Noh menyangkal dakwaan itu dan memberitahu Mizz Nina adalah orang yang berjaya membimbing hidupnya ke arah yang lebih baik. Turut mengulas lanjut dia berkata hidupnya mungkin menjadi lebih teruk jika bukan kerana bimbingan isterinya.

“Saya kahwin dengan Nina saya dah percaya dia 100 peratus yang dia akan buat sesuatu yang baik.

“Dia yang bimbing saya. Selama ni orang percaya saya berjaya mengubah Nina, jawapannya tidak! Sebenarnya dialah yang mengubah saya. Kalau dia tak ada mungkin saya lebih teruk. Hisap dadah dan sebagainya,” kataya lagi.

Selain itu, Noh berkata isterinya sangat teruja untuk belajar perkara baru dalam meningkatkan diri ke arah keagamaan dan isterinya akan menceritakan kembali apa yang dipelajari kepadanya seperti tafsir ayat Al-Quran kepadanya.

“Setiap pagi, dia akan beritahu pelajaran baru seperti terjemahan surah. Kalau esok ada kelas mengaji, malam sebelum tidur dia sangat excited!” 

Seperti yang kita ketahui penghijrahan Mizz Nina suatu perjalanan yang indah dan mengagumi keikhlasan Mizz Nina dalam perjalanannya ke arah keagamaan.

Mizz Nina meninggalkan dunia muzik dan sering muncul di majlis-majlis keagamaan. Semoga penghijrahan pasangan selebriti ini menajdi inspirasi kepada semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.