[VIDEO] “Nabil yg selalu hyper pun tak boleh catch up dgn Energi Kak Lina” Ramai Setuju Elly Mazlein Kekal Hos Meletop
“Siapa sokong Elly Mazlein jadi hos tetap sila like.” Itu antara komen peminat apabila bintang yang sinonim menerusi drama Kampung People itu diundang sebagai pengacara jemputan program MeleTop di samping Nabil Ahmad, pada Selasa. Mengenakan persalinan kelabu, bintang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga itu dilihat cukup selesa mengacara dan seperti biasa turut diserikan dengan […]
Baru saja berumah tangga barubaru ini, pelakon dan penyanyi poplar Elly Mazlein telah menjadi hos jemputan di rancangan Meletop pada Selasa.
Ternyata kehadiran KaK Lina Pom Pom ini lebih memeriahkan suasana di dalam studio Meletop.
Elly yang mengenakan persalinan kelabu dilihat cukup selesa mengacara dan seperti biasa turut diserikan dengan sikap humor dan selambanya sepanjang rancangan berlangsung.
Apa yang paling menarik perhatian adalah semasa segmen dua hos menemubual finalis terkini Hero Remaja 2020 dan mereka turut sporting melakukan cabaran joget ‘Suling Sakti Spongebob’ bersama-sama.
“Siapa sokong Elly Mazlein jadi hos tetap sila like.”
Itu antara komen peminat apabila bintang yang sinonim menerusi drama Kampung People itu diundang sebagai pengacara jemputan program MeleTop di samping Nabil Ahmad, pada Selasa.
Segmen tersebut yang turut dimuat naik menerusi YouTube MeleTop kini sudahpun ditonton lebih 600,000 views.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberi reaksi positif terhadap cara pengacaraan Elly dan mereka turut mencadangkan agar pelakon Kampung People itu dikekalkan sebagai hos tetap Meletop.
Elly mazlein should be the best host with nabil.. fullstop!– Daniel Fitri
Kak Lina Pom Pom nya enthusiasm, even Nabil yg selalu hyper pun tkleh catch up ngan energy Kak Lina Pom Pom every second. Part jelir lidah tu win. Kalau ni hos tetap, sis sokong!– Siti Su’aidah
Terdahulu, Elly Mazlein telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru yang dikenali dengan nama Cikgu Azlan.
Pada majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin seutas gelang tangan bernilai RM1,800.
Majlis yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan artis itu turut menyaksikan keluarga Elly menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima, dengan kesemuanya adalah barangan kemas.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Elly sendiri, Syed Hanafi Syed Abdullah, dengan disaksikan anggota keluarga kedua-dua belah pihak.