Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Naim Daniel Tegur Ejen Insurans Guna Kisah Siti Sarah, Hafeez Mikhail Bidas

Kematian Allahyarham Siti Sarah baru-baru ini belum lagi reda namun ada segelintir pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan peribadi.

Terbaru seorang penyanyi muda Naim Daniel telah memuat naik satu posting di Twitter dan memberi amaran kepada mana-mana ejen insurans agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemergiaan Allahyarham Siti Sarah.

Namun amaran pendeknya itu telah mengundang rasa kurang senang pelakon Hafeez Mikail.

Naim menganggap pihak yang menggunakan modal kematian Allahyarham untuk bercerita mengenai hibah atau insuran tidak mempunyai nilai kemanusian dalam diri.

Bagaimanapun Naim berkata, status yang dilakukan itu hanya sekadar peringatan kerana sebelum ini ada segelintir pihak menggunakan kisah permergian Allahyarham pelawak Abam Bocey sebagai modal untuk menarik orang membeli insurans.

Naim berkata lagi, dia tidak menjangkakan Hafeez yang juga seorang ejen insurans terasa dengan status berkenaan.

“Status yang saya muat naik itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu. Ia sekadar peringatan secara umum sahaja. malah, saya tulis ‘kalau ada’.

“Kalau ingat lagi, selepas arwah Abam meninggal. ada saja segelintir ejen insuran yang ambil kesempatan menggunakan kisah arwah untuk tarik orang beli insurans.

“Tiba-tiba dia muat naik video membalas semula status saya di Instagram dengan mention nama saya. Kalau betul tak buat, kenapa nak terasa?” katanya .

“Kalau ada mana-mana ejen insuran yang guna modal kematian arwah kak Siti Sarah nak cerita pasal hibah dan sebagainya, korang memang hilang manusia dalam diri,” tulis di ruang komen.

Amaran Naim Daniel di laman Twitter itu telah membuatkan Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insuran tampil dengan video membidas semula status penyanyi itu baru baru ini.

Hafiz mengakui bahawa pihak mereka tidak pernah mengambil kesempatan namun sekadar mengambil peluang itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Video tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail)

Bagi penyanyi itu pula, matlamat yang disampaikan oleh Hafeeez itu lemah kerana ibu bapanya juga pernah terlibat dalam bidang insurans namun mereka tidak pernah menggunakn kematian orang lain sebagai ‘target marketing.’

“Apabila dia post video itu, maknanya dia membuka ruang untuk saya bercakap dan menyuarakan pendapat saya juga. Saya tahu kadang-kadang apa yang saya cakap mungkin ada yang tak betul.

“Jadi, saya harapkan dia memberikan point yang kuat untuk membidas saya. Tapi malangnya bagi saya, point yang diberikannya itu lemah. Ibu bapa saya juga pernah terlibat dalam bidang insurans.

“Tapi mereka tak pernah guna kisah kematian orang lain untuk kejar sale. Ada beberapa ejen insuran juga mesej saya mengatakan mereka tak setuju dengan penjelasan video yang dimuat naik Hafeez itu.

“Banyak lagi cara untuk tarik orang mengambil insurans. bukan dengan menggunakan kisah kematian orang lain,” ujarnya.

Penjelasan terbaru Hafeez Mikhail

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafeez Mikail (@thehafeezmikail)

Rata-rata netizen memberikan pandangan yang pelbagai mengenai isu tersebut.

“That’s it. Your niat is mulia, your cara is wrong. Niat tak menghalalkan cara. Just be sensitive. You being too defensive. You can create awareness in every kind of way brother. During motor gp session? Why notttttt. Awareness is still an awareness right. U can create any kind of it, excepttttt atas kesedihan orang lain. Especially yang baru pergi. common sense, empathy, sympathy. That’s all. Sending love. No hate.” komen salah seorang pengguna Instagram.

Tidak ketinggalan, rakan artis turut sama memberikan buah fikiran mereka menerusi ruangan komen.

“Bnde kalau tak buat rasa pedas sangat kenape waknat. buat rilek la mmber kata KALAU ADA so mmg ada la kan ?” komen Alam Wakaka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.