Tiada siapa yang mahu hidup dalam sebuah keluarga yang berpecah-belah dalam dunia ini bukan?
Lebih-lebih lagi jika seseorang itu merupakan anak tunggal, pastinya dia inginkan ibu bapa sentiasa ada di sisinya.
Namun, soal jodoh adalah ketentuan Allah SWT. Siapa kita untuk menolak takdir yang Dia sudah tetapkan sekiranya ibu bapa terpaksa berpisah dan anak pula terpaksa mengharungi kehidupan di dalam broken family.
Begitu juga dengan seorang gadis ini apabila dia memuat naik videonya di laman sosial TikTok baru-baru ini.
Gadis yang mesra disapa Mija berkongsi kisahnya sewaktu kecil tentang saat dia terpaksa memilih ibu atau ayahnya semasa konflik keluarga mereka berlaku.
Apabila ditanya sama ada dia nak ikut ayah atau ibu, Mija akhirnya terpaksa ikut mamanya selepas ayahnya mengalah
Menurut Mija, dia teringat kejadian semasa dia kecil di mana ayahnya membawa dia ke sebuah hotel tanpa pengetahuan mamanya.
“Seharian mama cari and mama decide untuk buat report polis. Bila mama tahu aku dengan ayah dekat hotel, mama datang dengan polis. And benda ni jadi pressure for a 3 years old me.
“My parents bagi aku decide dalam masa 3 minit, nak ikut ayah atau mama. Dua-dua penting untuk aku. Ayah mengalah and aku ikut mama,” katanya.
Di usianya sekecil 3 tahun semasa kejadian itu berlaku, Mija mengakui ia meninggalkan kesan dan tekanan kepadanya sebagai anak.
“At least awak tahu mak ayah awak kat mana. Saya tak pernah jumpa dan tak kenal siapa ibu ayah kandung saya” – Warganet
Video Mija mendapat perhatian ramai di TikTok sehingga mencecah setengah juta tontonan dan lebih 500,000 views.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Mija dihujani pelbagai komen daripada warganet.
Rata-rata mereka memintanya supaya terus kuat kerana bukan semua orang mampu hidup dalam keluarga yang tidak sempurna.
Video yang tular di laman Tiktok
Bahkan, ada di antara mereka mengalami nasib yang lagi malang daripadanya iaitu hidup bersama keluarga angkat sejak kecil dan sampai sekarang tidak kenal siapa keluarga kandung mereka.