Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Nak solat bersama isteri sebelum saya mati,” Zul Ariffin Luah Perasaan Buat Peminat Sayu

Menjadi “public figure” bukan perkara yang mudah. Apa yang dilakukan akan tetap menjadi bahan bualan warga netizen.

Begitu juga dengan Zul Ariffin atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin. Dikenali dengan title ‘abang sado’ yang masih bujang membuatkan peminatnya dan para netizen mempersoalkan mengenai perancangannya untuk menamatkan zaman bujang.

Apatah lagi akhir-akhir ini ramai artis mendirikan rumah tangga dengan asangan masing-masing, ini juga merupakan salah satu faktor Zul Ariffin perlu berdepan dengan soalan panas netizen.

Bagi menjawab soalan tersebut, Zul yang juga seorang model mengakui dia menyimpan hasrat untuk bergelar suami yang terbaik kepada seseorang sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bukan itu sahaja, Zul Ariffin juga mahu diberi peluang untuk memegang tangan isterinya dan beribadah bersama.

Menerusi videonya di applikasi tiktok itu, dia juga mengakui hidup sebagai seorang selebriti menyebabkan ramai yang berminat untuk mengetahui hal peribadinya.

Seperti yang kita tahu, kebelakangan ini ramai artis yang mula berhijrah ke arah yang lebih baik dimana ada yang mula bertudung, mengikuti program keagamaan dan ada juga yang cuba khatamkan Al Quran.

Begitu juga seperti Zul Ariffin, dia antara salah satu selebriti yang mula mendekatkan diri kepada Allah.

Melihat perubahan positifnya itu, para peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya agar terus istiqamah.

Video di Tiktok itu mendapat perhatian ramai pihak oleh kerana sebak mendengar luahannya itu.

Video tular di Tiktok

@zaraelyaPray for him ##zulariffin ##fyp ##inshallah♬ original sound – SAS

Meninjau di ruangan komen rata-rata netizen meninggalkan komen komen positif.

“Semoga Zul Mendapat jodoh yang baik”

“Seronok sangat tengok artis2 tanah air makin ramai mendekat kan diri dengan Allah kami sentiasa doakan terbaik untuk kalian keep strong”

Baru-baru ini, Zul yang juga mempunyai darah kacukan melayu dan belanda ini sempat berkongsi gambarnya dengan Utaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, Zul tidak berkongsi lanjut mengenai pertemuan mereka. Cuma meluahkan kesyukuran.

“Alhamdulillah, semalam sangat hebat,” tulis Zul pada ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Sementara itu, Ebit Lew juga berkongsi foto beliau bersama Zul dan aktor Norman Hakim dalam hantaran di Instagram.

Katanya, beliau bersyukur bertemu ditemukan dengan rakan yang baik dan berjuang kerana ALLAH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

“Ramai sahabat baik yang dikasihi demi ummah. Terharu dengan sifat dan akhlak mereka. Baik sangat. Allahuakbar.

“Meneruskan misi demi ummah sampai mati. Karte karte marna he. Marte marte karna he. Berjuang bermati-matian. Berjuang sehingga mati. Hanya dengan kematian kita akan jumpa ALLAH.

“Cukuplah ALLAH sayang. Reda ALLAH itulah segalanya. Dialah ALLAH Raja dan Pemilik segalanya. InsyaAllah azam @zul_ariffin @normanhakim_786.

Terdahulu, aktor berbakat ini juga pernah dianugerahkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki menerusi lakonannya dalam filem Penanggal pada Festival Filem Malaysia ke-26.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.