Connect with us

Viral

[VIDEO] Nampak Malu-malu Hadiahkan Isteri Kereta Mahal, Netizen Puji Suami Sempoi

Kunci kebahagiaan rumah tangga bukanlah terletak pada harta semata-mata. Sesebuah kebahagiaan itu boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan.

Kadangkala, dengan memberi sesuatu yang kecil sebagai tanda penghargaan buat isteri sudah cukup untuk membuat dia rasa gembira dan dihargai. Namun bagi suami yang mempunyai rezeki yang lebih, tidak salah untuk dia memberi hadiah yang lebih berharga buat isteri tercinta.

Seperti yang tular baru-baru ini di Tiktok, seorang suami yang sudah di pertengahan usia telah memberikan kejutan besar buat isterinya.

Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu telah membuka pintu untuk keluar dari sebuah showroom kereta bersama isterinya.

Sebaik sahaja keluar dari showroom itu, wanita itu tiba-tiba berhenti kaku di depan pintu dan terkejut melihat sebuah kereta di depannya kerana tidak percaya bahawa suaminya telah menghadiahkan sebuah kereta berjenama mahal.

Bukan itu sahaja, wanita itu menjerit keriangan kerana terlalu gembira lantas memeluk erat suaminya sebelum suaminya memberikan kunci kereta.

Setelah suaminya menghulurkan kunci kereta wanita itu tidak berhenti membebel kerana tidak menyangka bahawa hari itu suaminya akan menghadiahkan sebiji kereta Mazda 3 Liftback 2.0 yang sepenuhnya diimport dari Jepun buatnya namun sempat berseloroh mujur dia tidak memakai kain batik sahaja.

Manakan pula tidak berasa begitu kerana di dalam video tersebut, pasangan suami isteri itu hanya berpakaian biasa dan isterinya juga tidak bersiap seperti orang lain. Tidak bersolek malah memakai tudung sarung sahaja.

Wanita itu juga sempat berkata, takkan kereta semahal ini untuk menghantar anak mereka ke sekolah sahaja kerana niat mereka pergi ke showroom tersebut hanya mahu melihat kereta yang biasa sahaja untuk memudahkan isterinya menghantar anak.

Dalam pada perkongsian itu, rata-rata netizen turut gembira melihat keseronokan wanita itu mendapat kejutan dari suaminya kerana tidak semua orang sebertuah dirinya.

Malah netizen turut memuji pasangan itu kerana mereka kelihatan sangat simple dan merendah diri dari sudut pemakaian dan cara walaupun mereka merupakan orang yang berduit namun tidak menunjuk-nunjuk.

“Bukti ada lagi suami yang hargai isterinya even dia nampak biasa-biasa tak pandai mekap bergaya smua. Bestnya, semoga bahagia selamanya.”- Lynz

“Mazda3 kalau aku dpt pn melompat mcm monyet pn aku xmalu weh” – Ryzal

Video tular di laman Tiktok

@tiara_mariana Thankyou for ur Trust n Support me Again 😎✔️ #MazdaJohor #MazdaMalaysia #Mazda3 ♬ This Love – Davichi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.