Connect with us

Viral

[VIDEO] Detik-detik Terakhir Perjalanan Nanggala 402 Sempat Dirakam Penumpang Kapal

Semalam dunia diselubungi khabar duka apabila sesemua 53 kru kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang dan tenggelam di perairan Bali pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Angkatan Tentera Laut Nasional Indonesia, Yudo Margono pada Ahad.

Tenggelam lebih 800 meter

Sebelum ini, pihak berkuasa memaklumkan mereka menerima isyarat dari lokasi sedalam lebih 800 meter (m) pada awal pagi Ahad dipercayai kedudukan KRI Nanggala 402 tenggelam.

Bangkai KRI Nanggala 402 disahkan selepas pasukan penyelamat menggunakan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) yang dibekalkan Singapura untuk meninjau lokasi dasar laut berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, lebih banyak bahagian daripada kapal selam ditemui termasuk sauh dan pakaian keselamatan yang dipakai kru.

“Terdapat beberapa bahagian KRI Nanggala 402. Ia terbelah kepada tiga bahagian,” kata Yudo.

Detik akhir sebelum tenggelam

Dalam pada itu, menerusi satu muatnaik di laman Twitter, satu klip video yang dipercayai detik-detik akhir sebelum KRI Nanggala hilang telah tular.

Taufik Aris di dalam perkongsian itu menyatakan video tersebut dirakam oleh penumpang sebuah kapal pada 20 April.

“Tanggal 20 April 2021, sempat terlihat oleh penumpang kapal Kelud, pas-pasan sebelum dinyatakan kehilangan kontak. Ini penampakan terakhir….selamat jalan pengawal samudraku…doa kami dari seluruh anak negeri yg selama ini kau jaga..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih di ruangan komen dan mendoakan agar dipermudahkan urusan mencari semua mangsa.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Nasioanl Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto turut mengesahkan kematian tragis kru KRI Nanggala 402.

“Berdasarkan bukti-bukti kukuh (penemuan barangan dari KRI Nanggala 402) tersebut, dapat dinyatakan bahawa KRI Nanggala-402 telah tenggelam dan seluruh anak kapalnya telah gugur,” katanya.

Tular lagu ‘Sampai Jumpa’

Sebelum ini, telah muncul sebuah video kru kapal selam bermain gitar dan menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai jumpa’.

Video itu dimuat naik oleh Erix Soekamti, vokalis yang bertanggungjawab mempopularkan lagu itu di media sosial Instagram miliknya.

Menerusi video yang berdurasi 22 saat itu, dapat dilihat salah seorang kru bermain gitar, sementara yang lain menyanyikan lirik lagu ‘Sampai jumpa’.

“# Prayforkrinanggala402,” kata Erix Soekamti disertai dengan emoji menangis, seperti ditulisdalam kapsyen video di Instagram.

Perkongsian itu tular dan mula dibanjiri dengan komen netizen. Mereka juga mendoakan nasib anak kapal KRI Nanggala 402 yang telah dinyatakan “SUBSUNK” atau lemas.

“Orang-orang yang tenang menghadap Yang Mahakuasa, saudara-saudara dan para komandan. Insya Allah Husnul Khotimah,” kata netizen di ruangan komen.

“Sangat sedih, Ya Allah. Salam Sejahtera kepada Nanggala,” komen netizen lain. “Meremang bulu roma. Al-fatihah,” kata yang lain di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erix Soekamti (@erixsoekamti)

Sementara itu, di media sosial Twitter, ribuan netizen juga menitipkan doa.

“REST IN PEACE. Dear sea, take care them there, don’t let your water make them cold. Fair Wind and Following Seas, Commence the Eternal Patrol KRI Nanggala 402. Tabah Sampai Akhir,” kata netizen di Twitter.

“KRI Nanggala 402: SUBSUNK = dinyatakan lemas. On Eternal Patrol = membuat rondaan selama-lamanya. Sekiranya bumi bukan lagi pelabuhan anda, semoga syurga menjadi dermaga terakhir anda. # KRINaggala402 # PrayForKRINanggala402, “tulis netizen lain.

Solat jenazah ghaib

Dalam pada itu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyarankan umat Islam menunaikan solat jenazah ghaib buat 53 kru kapal selam KRI Nanggala 402 terbabit.

“Semoga dosa mereka diampuni serta pengorbanan mereka kepada bangsa dan negara menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari-Nya,” kata Ketua MUI, Anwar Abbas dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu, peluang untuk menemui kru KRI Nanggala 402 hidup-hidup tipis selepas Yudi mengumumkan status KRI Nanggala 402 daripada hilang kontak (submiss) kepada tenggelam (subsunk).

Pertukaran status itu dibuat susulan penemuan beberapa objek dipercayai milik KRI Nanggala 402 selepas lebih 72 jam operasi menjejaki kapal selam itu dilancarkan.

Sebelum ini, kesemua kru kapal selam tersebut mempunyai ‘talian hayat’ selama 72 jam sehingga jam 3 pagi (waktu tempatan) pada Sabtu lalu sebelum kehabisan bekalan oksigen.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.