Siapa yang dapat menahan dari mengalirkan air mata apabila melihat anak sendiri dibawa pergi menaiki ambulans selepas disahkan dijangkiti COVID-19.
Lebih menyayat hati, perginya terpaksa berseorangan tanpa seorang pun waris dibenar menemani.
Menerusi perkongsian di Facebook, Noorkhezan berkongsi momen sedih itu di mana sepupunya dibawa pergi ke hospital setelah disahkan positif COVID-19.
“Doakan kesembuhan utk sepupu saya yg positif covid19…Semoga dia kuat utk melawan virus & diberi kesihatan yg lebih baik lepas ni…”
Menurut Noorkhezan, sepupunya itu yang bernama Nuha Syazwan telah dibaa ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut.
Malah keluarga Nuha iaitu ayah ibu dan adik beradiknya juga akan disaring untuk mengetahui sama ada berlaku jangkitan.
“Terima kasih diatas doa semua utk sepupu saya Nuha Syazwan yg di sahkan positif semalam.
“Dia kini dalam jagaan pihak Hospital Kluang dan teruskan berdoa agar dia cukup kuat.
“Saya juga ingin semua berdoa utk keluarga Pakcik saya Sakiban Bin Ahmad Kadri yg akan disaring 1 family hari ni agar keputusan yg akan keluar nanti negatif.
“Terima kasih dr saya utk semua yg mendoakan keluarga ini…Hanya Allah yg mampu membalasnya.”
Video yang dikongsikan oleh Nookhezan itu telah mengundang rasa hiba semua netizen yang menontonnya.
Lambaian keluarga ketika mengiringi Nuha sambil berpesan di balik tingkap
“Nanti telefon ayah ya Wan”
Malah, Nuha turut dilihat menyeka air matanya sewaktu keluar dari rumah sehinggalah ketika berada di dalam ambulans.
Video tersebut kini telah mendapat lebih 2 juta tontonan di laman Facebook Noorkhezan.
Rata-rata netizen mendoakan agar Nuha dikurniakan kesembuhan dan keluarganya terhindar dari wabak COVID-19 ini.