[VIDEO] Nenek 90 Tahun Kongsi Dialek Istimewa, Tapi Keanggunannya Pula Jadi Perhatian
Seperti yang diketahui umum, masyarakat melayu kaya dengan bahasa dan juga dialek yang unik.
Lazimnya dialek ini tercipta mengikut faktor tempat. Namun begitu, dialek seakan dilupakan oleh golongan muda ketika ini.
Ini kerana, kebanyakan dialek yang unik hanya dipraktikkan oleh generasi tua yang masih tinggal di kampung.
Warga emas kongsi dialek Melayu Pattani
Satu video telah tular di laman Twitter yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @nazirshahmhd.
Melalu video tersebut, seorang warga emas telah menarik perhatian ramai apabila seorang nenek yang masih menuturkan dialek yang unik dan jarang didengari oleh golongan muda.
Nenek itu masih lancar menuturkan dialek Melayu Pattani. Manis bertudung putih, nenek tersebut turut berkongsi pengalaman kehidupannya ketika zaman penjajahan Jepun.
“Akhirnya dapat juga dengar dialek asli Melayu Patani tanpa pengaruh bahasa Thai. Pengalaman Mok Kak Ngoh, wanita berusia 90 tahun yang menetap di Kampung Batan, Maung, Yala”.
Akhirnya dapat juga dengar dialek asli Melayu Patani tanpa pengaruh bahasa Thai. Pengalaman Mok Kak Ngoh, wanita berusia 90 tahun yang menetap di Kampung Batan, Maung, Yala.