Connect with us

Viral

[VIDEO] Opick Dapat Jaga Rambut Nabi Muhammad, Bacakan Ayat al-Quran 24 Jam

Selebriti yang popular dengan lagu keagamaan Indonesia, Opick telah diberi kepercayaan oleh Dewan Ulama Tarikat Antarabangsa dan pemerintah Turki untuk menjaga sehelai rambut Nabi Muhammad SAW.

Pada asalnya Opick memutuskan untuk pergi ke Turki bagi menyelidik siapa pewarisnya kerana keaslian rambut itu menimbulkan keraguan kepada segelintir pihak.

Rambut dimiliki Opick itu mempunyai sijil pengesahan daripada pemerintah Turki dan Dewan Ulama Tarikat Antarabangsa.

Rambut Nabi Muhammad SAW akan disimpan di Rumah Tombo Ati, Pulau Gebang, Jakarta Timur.

Ia adalah merupakan sekolah agama yang dikendalikan oleh Opick sendiri. Malah, menurut Opick, rambut tersebut akann dilindungi dan dibacakan al-Quran 24 jam tanpa henti.

Ayat-ayat Al-Quran dibaca bersilih-ganti oleh pelajar di rumah tersebut. Rumah Tombo Ati mempunyai tahfiz ataupun penghafal kitab suci itu yang boleh khatam sebanyak tiga hingga empat kali dalam satu hari.

Opick ataupun nama penuhnya Aunur Rofiq Lil Firdaus akan membenarkan tetamu yang datang melihat rambut untuk mengaji di sekolah agama berkenaan.

Pada awalnya, Opick hanya dibenarkan untuk membuka rambut tersebut hanya dua kali setahun iaitu pada saat berlakunya sambutan Israk Mikraj dan perayaan Maulud Nabi.

Walau bagaimanapun, dia meminta izin untuk membuka rambut tersebut sebanyak tiga kali, iaitu tambahan pada sambutan Awal Muharam.

Rambut Nabi Muhammad SAW itu disimpan rapi di dalam sebuah tabung lutsinar dan ditutup dengan penutup berwarna putih.

Apabila ditanya bagaimana proses pemerintah Turki dan Dewan Ulama Tarikat Antarabangsa memberikan rambut Nabi Muhammad SAW kepadanya, Opick tidak menjelaskan secara terperinci.

Malah, Opick sendiri merasakan masih sukar untuk mempercayai mengapa sampai diberi kepercayaan untuk menyimpan rambut Nabi Muhammad tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.