Hidup zaman sekarang memerlukan pengorbanan dari segi amasa ataupun tenaga. Biasanya jika hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur, ramai yang melakukan dua kerja.
Di antara kerja sambilan yang sering dilakukan adalah seperti servis penghantaran makanan seperti Foodpanda dan juga Grab.
Satu video di media sosial telah menjadi tular apabila seorang pengguna Facebook, Baliami telah berkongsi pengalamannya mengunakan servis penghantaran makanan.
Mari ikuti perkongsian beliau.
________
Nak buat story sikit, Macam biasalah time weekend je, malas nak turun bawah cari makan, duduk Flat ni tingkat dia bukan kaleng2 14 tau.
Terdetik dihati, ketik ketik terus sampai, apa tu? Tak foodpanda, grab food tu je lah, sebab musim sekarang ni jarang makan nasi
So tergerak hati nak Order mcd, mcd area danau kota ade je, tp close order awl sgt, so terpaksa order mcd jauh sikit mcd bhp melawati, lebih kurang 45 minit mcm tu
Mcd tu order biase2 je ala carte, sebab nak makan dan malas nak turun kat bawah, so kena tunggu je lah
Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai lah Abe foodpanda kat bawah tu tunggu lif, sebelum tu dia call dulu, nak confirmation kan, kan tersilap Block menangis tak berlagu
Sebab sy punya rumah Block E Lepas tu, Abe foodpanda call kali ke 2..
F : Bang, bang duk tingkat berapa? Sebab sekarang ni saya duk tingkat 13.
Aku : kito duk tikak (tingkat) 14 boh! Boh cari nomor rumoh 12 deh lik kiri hujung sekali (bahasa Kelantan)
F: laa ye ke? Jadi saya kena naik tangga lg satu la ni, xpe2 tunggu jap bang
Aku: ehh xpe je..
Nak dijadikan cerita, sampai la Abe foodpanda tu depan pintu rumah aku, aku terkejut kot, dgn serba kedaifan nya, kekurangan anggota semata mata nak hantar punya makanan just 2 ketul ayam kot
F: sorry bang lambat sikit, masalah lif kat bawah tadi
Aku : ehh xpo bey, biaso lah tu
F: Abang td order mcd kan, semua rm11. 89
Aku: jap ea
Aku pergi amik duit, dan terdetik rasa sebak, pilu, terharu sedih tgk Abe tu, just aku bagi lebih kat dia (bukan riak tau, sebab rasa simpati dan niat nak bersedekah)
F : Bang lebih byk ni
Aku : xpe bang, rezeki abang tu, tq tau
F: sama sama
So dalam story ni,
MASIH RAMAI MANUSIA YANG SUSAH DALAM MENCARI REZEKI DEMI SESUAP NASI UNTUK ANAK DAN ISTERI.
ORANG YANG SERBA KEKURANGAN DAN KEDAIFAN SEMANGAT NAK KERJA MENCARI REZEKI, KITA NI MASIH KUAT DAN GAH PUN MALAS NAK KERJA DAN MASIH MEMILIH!
TAK MALU KAH KITA?
Sedih tau, jarang jumpa depan2 org macam tu, ni first time tau, sebelum ni tgk d TV xpun media sosial, ni video ni sy rakam sendri tau, sebak tak korang?
Semoga Abe foodpanda dan rider2 yg lain dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera selalu
Semoga perkonhgsian ini memberikan pengajaran kepada semua pembaca.