Connect with us

Viral

[VIDEO] Pakai Inai di Bibir Sebagai Gincu Semula Jadi, Tindakan Model Jadi Perhatian

Inai sinonim dengan majlis perkahwinan. Kebiasaannya ia menjadi salah satu perhiasan yang dilukis di tangan dan kaki pengantin perempuan untuk menaikkan seri pengantin.

Penggunaan inai juga makin meluas apabila ia senang didapati dan ada diantara kita meletakkan inai dirambut untuk hasil rambut yang lebih menarik.

Model kecantikan letak inai di bibir

Satu perkongsian di media sosial seorang blogger dan model kecantikan mencuba sesuatu yang baru apabila dia meletakkan inai di bibirnya untuk menjadikannya oren.

Menerusi sebuah video yang tular di Twitter, Brianah Christianson yang berasal dari Chicago menggunakan inai sebagai pewarna bibir.

Brianah menyapu inai pada bibirnya menggunakan berus

Menurut gadis itu, dia inginkan warna yang lembut dan kelihatan natural pada bibir jadi dia menggunakan beberapa inai kon yang biasanya digunakan untuk melukis corak pada tangan.

Gadis ini memuat naik video TikTok oleh Brianah yang menunjukkan model berkenaan menggunakan berus untuk menyapu inai merah di bibirnya dengan hati-hati.

Inai tersebut dibiarkan selama satu jam

Brianah membiarkannya bahan pewarna itu dibibirnya selama satu jam dan mengupas henna tersebut.

Model ini mengupas henna tersebut perlahan-lahan dan menunjukkan hasil bibirnya yang berwarna oren.

Bibirnya berwarna oren

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan ada yang menjelaskan bahawa inai yang digunakannya itu mengandungi banyak bahan pewarna dan kimia yang boleh merosakkan kulit.

Semoga kisah ini mendatangkan pengajaran kepada semua untuk lebih berhati-hati memilih produk yang bagus untuk tubuh badan kita.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.