Pelbagai kisah mengenai kes penderaan kanak-kanak dilaporkan samada di rumah asuhan atau pusat-pusat penjagaan kanak-kanak.
Bagaimanapun, kes ini telah berkurangan apabila menjadi perhatian pihak berkuasa yang sering memantau sistem yang digunapakai oleh pusat penjagaan kanak-kanak termasuk Taska.
Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mencederakan kanak-kanak lain
Namun begitu, menerusi satu perkongsian di laman Facebook Kelantan, satu video seorang kanak-kanak membuuli kanak-kanak yang lain di dalam pusat jagaan.
Ia turut membangkitkan rasa marah dan risau dalam kalangan ibu bapa kerana keadaan sebegini mungkin akan terjadi kepada anak-anak ketika berada di pusat jagaan.
Tendang dan pukul di taska
Walaubagaimanapun, video tersebut adalah kejadian yang berlaku di salah sebuah taska di Thailand.
Video tersebut memperlihatkan seorang seorang kanak-kanak yang lebih muda dipukul dan ditendang oleh kanak-kanak yang lebih dewasa di pusat penjagaan tersebut.

Dimanakah penjaga pusat jagaaan tersebut
Pastinya apabila menonton video berkenaan, ramai ibu bapa mempersoalkan dimanakah para penjaga yang sepatutnya mengawal kanak-kanak tersebut.
Penjaga sepatutnya tidak melepaskan kanak-kanak bermain tanpa pemantauan dari mereka.

Ibu bapa berpendapat pentingnya didikan ketika anak-anak berada dirumah
Posting tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dari kalangan ibu bapa yang risaukan keselamatan anak-anak mereka.
Ramai ibu bapa juga turut berkongsikan pandangan dan luahan setelah menonton video berdurasi 1:36 minit itu.
Malah, apa yang berpendapat bahawa pentingnya pendidikan yang diterapkan ketika anak-anak berada dirumah supaya mendorong mereka berkelakuan baik ketika berada di luar rumah.