Pelakon dan juga pensyarah Dr. Norzizi Zulkifli berkongsi keadaan bapanya iaitu pelakon legenda Datuk Zulkifli Zain.
Ayahnya mempunyai jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang ketika berada di hospital minggu lalu.
Menerusi laman Instagram, Zizi memberitahu ada satu masa bapanya seperti sudah tidak mengenali dirinya dan akhirnya hanya mampu mengalirkan air mata.
“Bila Papa macam senyap dan tak kenal atau ingat. Sejak saya sampai dan saya jaga dia, dia senyap. Saya decided untuk sembang la dengan Papa dari saya diam je.
“Saya lantas secara spontan bertanya soalan-soalan atas. Dan tak sangka, dia tak respond and tak jawab, tapi menangis dengan soalan saya,”
Zizi berkongsi bagaimana perbualan di antara dirinya dan Datuk Zulkifli.
Rata-rata pengikutnya bersimpati dan meluahkan rasa sedih di ruangan komen.
Terdahulu, Datuk Zulkifli Zain yang sering muncul di kaca TV menerusi drama dimasukkan ke hospital UiTM pada 6 Mac lalu.
Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ada jangkitan kuman dalam darah dan asid tinggi, manakala buah pinggangnya pula agak kering dan bermasalah.
Namun begitu, doktor memaklumkan kesihatan Zulkifli dalam keadaan stabil. Mereka juga perlu memantau keadaan kuman dalam darah Zulkifli.
Zizi juga berkongsi bagaimana keadaan ayahnya ketika di dalam wad hospital.
“Malam itu, Papa tidur dan begitu senyap. Tidak seperti selalu memanggil-manggil daku, bercakap-cakap mahupun meminta itu dan ini. “Senyap”nya itu menggusarkan aku.
“Sambil suapkan dia makan sarapan pagi itu, nak selfie lah dan ku rakam lah sembang-sembang dengan Papa dan terkejut he responded”