Sebagai individu yang suka ‘online shopping’ sudah tentu tak sabar dan berasa teruja jika dapat notifikasi ‘parcel is out for delivery’.
Ada juga yang sentiasa tunggu update daripada courier sampai semua kerja tertangguh. Sampai kadang kala sanggup menunggu dan bersiap-siap untuk mengambil parcel tersebut.
Namun bagaimana pula jika parcel tersebut sampai sewaktu ketiadaaan kita di rumah? pastinya kita hanya mampu membuat pesanan kepada ‘abang kurier’ untuk meletakkan barangan tersebut di tempat yang selamat dan tidak terdedah sahaja.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang abang kurier tidak sengaja mencampakkan parcel ke atas bumbung rumah telah mencuri tumpuan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zoeysn_, kelihatan seorang abang kurier ingin menghantar parcel ke rumah pelanggannya.
Namun bagaimana pun, oleh sebab ketiadaan pelanggannya di rumah, tuan rumah telah menggantungkan arahan di depan pagar dimana menyarankan abang kurier untuk melemparkan parcel ke dalam rumah.
Tetapi apa yang lebih melucukan adalah apabila abang kurier tidak sengaja terbaling jauh sampai atas bumbung. Sebaik saja itu, dia terus meminta maaf dengan menghantar voice note kepada tuan rumah.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 35.4 Juta tontonan, 2.8M tanda suka, 31.7K komen dan 37.7K perkongsian di TikTok
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur melihat parcel yang tersangkut di atas bumbung rumah gara-gara abang kurier yang terlebih bersemangat ketika membaling parcel tersebut.
“Ni dah jadi atlet lontar peluru ni” – Netizen
Bukan itu sahaja, malah para netizen juga tidak dapat menahan ketawa apabla mendengar voice note yang dihantar oleh abang kurier kerana suaranya kedengaran menggigil dek kerana takut dimarahi pelanggan.
Antara komen-komen warga maya:
“gigil2 dia cakap”
“kurier atlet”
“abangnya atlet apa”
abang kurier panikk