Connect with us

Semasa

[VIDEO] Pasukan Penyelam Jumpa Baju Mickey Mouse Dipercayai Milik Kanak-kanak Dalam Pesawat Sriwijaya Air

Baju kanak kanak berwarna merah jambu merupakan antara barangan milik mangsa Sriwijaya Air yang dijumpai pasukan penyelamat di lokasi pesawat tersebut dijumpai di Kepulauan Seribu, hari ini.

Baju dengan gambar watak kartun Mickey Mouse itu dipercayai milik seorang kanak-kanak bernama Yumna Fanisyatuzahra iaitu anak kepada Ratih Windania yang turut menjadi korban insiden tersebut.

Penemuan baju tersebut mengundang kesedihan yang teramat sangat buat mereka yang mengenali keluarga ini.

Dilaporkan semasa kejadian bapa kanak-kanak tiada dalam pesawat tersebut berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi di Instagram milik ibunya.

Terdahulu, Ratih sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya sebelum menaiki pesawat.

“Bye Bye keluarga semua. Kita pulang kampung dulu ya,” kata wanita itu di Ig Storynya.

Ig Story berkenaan dimuat naik dalam tempoh 19 jam yang lalu.

Sementara itu, di ruangan komen di gambar paling terbaharu dimuat naik di Instagram, dibanjiri dengan ucapan takziah dan mendoakan keselamatan wanita itu dan anak-anaknya.

Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan dijumpai di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, pada Sabtu.

Pesawat komersil itu dipercayai terhemmpas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Dalam perkembangan terbaru, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi pencarian pesawat Sriwijaya Air di perairan Kepulauan Seribu, mula menemukan serpihan pesawat dan enjin dan barangan penumpang.

Operasi pencarian kini juga berfokus kepada mendapatkan kotak hitam pesawat, selepas koordinat pesawat yang dijumpai di perairan itu telah dikenal pasti.

Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto dalam siaran media yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan berkata pasukan SAR telah mengenal pasti kotak hitam itu di satu koordinat (tidak dinyatakan) yang berada pada kedalaman 23 meter di perairan berkenaan.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak lima bungkusan cebisan-cebisanmayat telah dihantar ke Rumahsakit Polri (Polis Indonesia) di Kramat Jati.

Ketua Rumahsakit Polri Kramat Jati Asep Hendradiana dipetik agensi berita Antara berkata, pihaknya juga sedang mengumpul asid deoksiribonukleik (DNA) anggota keluarga para penumpang pesawat berkenaan.

Biro Komunikasi dan Informasi Publik, Kementerian Perhubungan dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan SAR setakat ini telah menjumpai beberapa bahagian pesawat seperti pecahan pesawat, jaket penyelamat, beberapa bahagian dalaman pesawat dan barangan penumpang seperti pakaian, beg dan kad identiti pengenalan penumpang.

Pelbagai objek dan cebisan itu ditemukan di perairan Kepulauan Seribu pada kedalaman 23 meter di dasar laut.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air itu terputus hubungan selepas berlepas pada 2.36 petang waktu Indonesia barat dari Jakarta menuju Pontianak, sebelum dijumpai di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta semalam.

Penerbangan Sriwijaya SJ-182 itu membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.