Connect with us

Viral

[VIDEO] Pecah Masuk Rumah Pesakit Positif Covid-19, Lima Pencuri Buat Ujian Saringan

Seperti yang diketahui umum, seluruh dunia sedang bertungkus-lumus menangani penularan wabak Covid-19.

Namun begitu, satu kisah lucu berlaku dikongsikan yang mana sekumpulan pencuri telah tersalah pilih rumah untuk dipecah masuk.

Pecah masuk rumah pesakit positif Covid-19

Difahamkan kejadian itu berlaku di Makassar, Indonesia. Keghairahan mereka berlima melakukan aktiviti tidak baik itu akhirnya mengundang padah.

Memetik laporan Kompas, walaupun telah memastikan dan memeriksa bahawa pemilik tiada di rumah, namun lima pencuri itu tidak mengetahui mengapa pemilik berada di luar bandar.

Pemilik rumah sedang menjalani kuarantin 

Tanpa diduga, pemilik rumah terbabit disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di satu kawasan lain.

Kelima-lima pencuri berkenaan bukan sahaja berputih mata malah tidak berjaya meloloskan diri daripada pihak polis Indonesia.

Kelima pencuri akur untuk jalani ujian saringan

Kemudiannya, mereka berlima telah dipaksa untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di balai polis Panakkukang.

Ekoran dari kisah itu juga, pihak media turut hadir untuk membuat liputan seperti video yang dikongsikan ini.

Video tersebut memaparkan kelima-lima pencuri berkenaan terpaksa patuh kepada arahan dan akur menjalani ujian saringan itu.

Sempat mencuri emas dan wang tunai

Sementara itu, kelima-lima mereka sempat masuk ke dalam rumah dan mencuri 15 gram koleksi emas dan wang tunai sekitar RM6,000 sebelum berjaya ditangkap pihak polis.

Semoga kisah ini menjadi teladan dan contoh kepada semua di luar sana dan diharap kita sama-sama menjaga keselamatan diri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.