Connect with us

Semasa

[VIDEO] Pelajar Tingkatan 6 Suspek Bunuh Siti Nur Surya, Menggigil Tiba di Mahkamah

Gadis yang disyaki membunuh rakan baiknya sendiri sehingga putus pergelangan tangan dalam kejadian di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu kelmarin direman selama tujuh hari.

Menerusi laporan Buletin TV3, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda, membenarkan suspek berusia 19 tahun direman bermula hari ini sehingga 9 November 2020.

Terdahulu, suspek yang didakwa membunuh rakannya, Siti Nur Surya Ismail, 19, kelihatan menggigil ketika dibawa keluar dari kenderaan polis sebelum dibawa masuk ke mahkamah.

Suspek ditahan semalam selepas diserahkan oleh ibunya kepada pihak berkuasa di Balai Polis Telemong, jam 8.15 pagi Isnin, 2 November 2020.

Siasatan awal polis mendapati, suspek mengaku membunuh kawannya hanya berpunca dari kata mengata sehingga berlaku salah faham yang membawa kepada pergaduhan dan pergelutan.

Mangsa dibunuh dengan kejam dengan kesan kelar dan pergelangan tangan kirinya dikelar berkali-kali sehingga putus.

Pelajar tingkatan enam itu juga melarikan sejumlah wang milik mangsa, barang kosmetik, dua buah telefon bimbit dan dua buah beg milik mangsa.

Jenazah Siti Nur Suria Ismail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat di sini selepas solat Isyak semalam.

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian remaja berusia 19 tahun yang dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga kecuali ibunya, Zaini Musa, 55, yang terlantar sakit barah otak.

Terdahulu jenazah Siti Nur Suria yang selesai dibedah siasat dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong di sini pada pukul 6.30 petang.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke Masjid Beladau Selat di sini untuk disembahyangkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.