Connect with us

Semasa

[VIDEO] Pemergian Dicemburui, Khatib Rebah Menghadap Ilahi Ketika Membaca Khutbah

Dalam kita masih bergembira menyambut aidilfitri, para jemaah Masjid Al Bukhary, Alor Setar gempar seketika apabila tiba-tiba imam Jumaat rebah pada minggu lepas.

Khatib pada ketika itu sen=dang khusyuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kejadian tersebut sempat dirakamkan oleh jemaah yang berada di barisan saf hadapan.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, Khatib yang dikenali sebagai Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim pada mulanya kelihatan menyampaikan intipati khutbah seperti biasa.

Namun Ustaz secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum sekumpulan jemaah kelihatan segera datang membantunya.

Inilah saat di mana Khatib jatuh rebah ketika memberikan Khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary Alor Star.

Kemudian Imam Masjid Sharifah Fatimah, Ustaz Fidaiy yang kebetulan ada di situ lantas menggantikan Allahyarham dengan segera. 

 

Ustaz Ku Yaacob dilaporkan pengsan sebelum pasukan perubatan tiba dan memberikan bantuan.

Walaubagaimanapun beliau disahkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Seorang ahli kariah masjid, Abdul Rahman Yaacob berkata Allahyarham Ustaz Ku Yaacob Ku Hasim sebelum itu sempat membaca beberapa baris ayat al-Quran sebelum rebah.

Menurutnya selepas menyebut ‘Bertakwalah pada Allah’ dan menyebut beberapa baris ayat seterusnya semasa membaca khutbah, Allahyarham terus rebah di atas mimbar.

Allahyarham kemudiannya diangkat oleh jemaah masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

Walaubagaimanapun, salah seorang jemaah yang juga merupakan seorang doktor telah  mengesahkan Allahyarham sudah tiada.

Menurut Abdul Rahman lagi, selain ditugaskan membaca khutbah, Allahyarham sering memberi tazkirah sebelum solat Zuhur pada hari Isnin dan Sabtu.

Abdul Rahman juga telah mengenali Allahyarham sejak empat tahun yang lepas ketika memegang jawatan Timbalan Pengerusi masjid berkenaan.

Rata-rata jemaah masih terkejut dengan kejadian tersebut namun meneruskan ibadat dengan imam gantian.

Pemergian Allahyarham ini disifatkan sebagai pemergian yang dicemburui kerana dijemput menghadap Ilahi dalam keadaan terpuji.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.