Pelakon Sharifah Shahirah antara nama yang tidak asing lagi di dalam industri hiburan tanah air.
Beliau ada-ada sahaja celoteh yang selalu kongsikan menerusi laman Instagram miliknya yang mempunyai followers mencecah 1.3 juta itu.
Pakai topi keledar pink berselipar pandu sportcar
Menerusi satu perkongsian di Instagram Sharifah Shahirah telah berkongsi satu video bersama pengikutnya.
Pada kali ini dia keluar memakai topi keledar berwarna pink dan hanya berselipar memandu sebuah sportcar yang menurutnya mahu keluar beli belacan.
Posting video berkenaan telah meraih meraih hampir 320,000 tontonan selepas dimuat naik oleh pelakon itu.
Kereta mahal tapi aircond tak ada
“Nak beli belacan pun susah. Kenapalah kereta ini mahal-mahal tapi susah? Wiper tak ada, aircond tak ada, pintu tak ada, bumbung tak ada.”
“Apa pun tak ada. Lalat ada, nyamuk ada. Denggilah,” itu antara celoteh yang dikongsikan oleh Sharifah Shahirah semasa mahu menaiki sportcar model Lotus 311 (disebut three-eleven).”
Orang kata buncit itu bahagia
“Korang ni tak pernah tengok perut buncit ke. Tau laa korang gemuk tapi kempis. I cacing OK, Ehh I buncit semua panas. Jangan benci I sebab I buncit.”
“Jangan nak banding kan I dengan u alls yg kempis. Org kata buncit itu bahagia.. Dlm dunia ni I sorang je buncit. Blekkkkkk tapi penat bawak perut.”
Difahamkan, kereta sportcar tanpa bumbung dan pintu ini bernilai sekitar RM640,855 tidak termasuk kos-kos yang lain.
Peminat kagum Sharifah Shahirah pandu sportcar dengan baik
Apa yang menjadi perhatian adalah, pelakon ini hanya mengenai pakaian dirumah ketika keluar dan dengan bersahaja memandu kereta tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat bersahaja pelakon ini.
Malah, peminat turut kagum Sharifah Shahirah boleh memandu kereta tersebut dengan baik walaupun dia sudah lama tidak bawa kereta manual.