Connect with us

Viral

[VIDEO] Pemuda India Gigih Betulkan Kiblat Untuk Kawan Tumpang Solat Di Rumahnya

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum menjadikan setiap dari kita terdidik dengan menghormati satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Begitu juga dengan persahabatan, ramai diantara kita mempunyai kenalan rapat yang berlainan agama dan kaum, namun itu tidak menjadikan halangan sama sekali.

Asalkan kita saling menjaga sensitivity setiap kaum dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.

Bertuah punyai rakan berbangsa India yang prihatin

Anda beruntung sekiranya terdapat seorang rakan yang mengambil berat dan menegur kesilapan kita tanpa mengambil kira perihal agama atau bangsa.

Satu video seorang pemuda bernama Amer Abdul Ghani bersama rakan berbangsa India yang telah tular di laman Twitter.

Rakan India betulkan arah kiblatnya

Video tersebut memaparkam dia yang telah bersedia untuk menunaikan kewajipan solat disifatkan bertuah kerana mempunyai rakan berbangsa India yang prihatin.

Pemuda yang bekerja di syarikat penerbangan itu memuat naik video pendek memaparkan rakannya Leonard Lourdes sedang memperbetulkan arah kiblatnya.

Berpandukan aplikasi kompas dalam telefon bimbit yang diletakkan atas sejadah, Leonard kelihatan bersungguh-sungguh mencari arah kiblat yang lebih tepat sebelum rakannya mengerjakan solat.

Sahabat sampai syurga

“Tengok bagaimana rakan saya berbangsa India memperbetulkan kiblat saya dengan tepat,” tulis Amer.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua dan terharu dengan ketulusan rakannya yang begitu menitikberatkan ibadah rakannya biarpun berbeza agama.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.