Selebriti dan usahawan popular Neelofa hari ini dilihat tampil mengenakan niqab dalam satu entri terbarunya di laman Instagram.
Berkongsi kegembiraan tersebut, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini memuat naik sebuah video menunjukkan penampilan terbaru anaknya itu yang menampakkan bahagian matanya sahaja.
Syukur ya Allah
“Masya-Allah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.
“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat Islam, amin. Love you bidadariku @neelofa,” tulis ibunya di ruangan kapsyen.
“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.”
Neelofa sebak
Menerusi IG Story, Neelofa turut meluahkan rasa sebak apabila menyaksikan reaksi ibunya sewaktu pertama kali melihatnya mengenakan niqab.
“The moment she saw me in niqab @noorkartini. Insan teragung yang sentiasa berada disisiku di setiap langkah. I love you so much,” tulis Neelofa.
Malah, Neelofa juga memuat naik sekeping foto berniqab sambil memperagakan barangan kemas terbaru jenama terkenal, Swarovski.
“Calling everyone to tell them about my new set of jewellery”
Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang memuji penampilan terbaru Neelofa dan mendoakannya supaya istiqamah.
Tidak kurang juga ada yang mahu menjadikan penghijrahan anak kelahiran negeri Kelantan ini sebagai inspirasi.
“Subhanallah, cantiknya! Ya Allah milik siapakah wanita bak bidadari syurga ini,” komen seorang wargamaya.
“Masyaallah, dunia adalah hiasan dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah,” tulis seorang wargamaya.
“I love you 3000 when you’re wearing niqab,” sokong seorang wargamaya.
“Cutenya Neelofa walaupun berniqab,”