Detik-detik menimang cahaya mata adalah momen yang ditunggu oleh setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga namun melahirkan merupakan satu pengorbanan besar bagi si ibu.
Mereka harus bersedia dalam pelbagai bentuk cabaran yang bakal dihadapi ketika proses kelahiran.
Kesetian suami disisi kuatkan semangat isteri untuk menahan kesakitan
Fasa contraction merupakan saat yang paling menyakitkan. Ada ibu yang perlu menahan berjam-jam sakit contraction sebelum bersedia untuk melahirkan.
Ketika fasa contraction semangat dan kesetiaan suami menemani isteri di saat kelahiran anda penguat semangat isteri menahan kesakitan.
Isteri gengggam erat tangan suami tahan sakit contraction
Seperti satu video yang telah tular di media sosial ini memaparkan seorang wanita dalam keadaan sarat menahan perit contraction.
Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok itu, memaparkan seorang wanita menahan sakit dengan persalinan berwarna biru.
Sampai gigit baju hospital tahan sakit
Saat itu terlihat suami berada di sisi isteri menggenggam erat tangan suaminya dan turut menggigit baju persalinan hospital yang dipakai demi menahan sakit.
Suami wanita itu setia berada disitu bagi sama-sama membantu dan menenangkan berkenaan.
Keterujaan dan kegembiraan diwajah suami
Menerusi video lain yang dikongsi di aplikasi TikTok berkenaan, si isteri akhirnya telah selamat melahirkan cahaya mata yang dinanti-nantikan.
Jelas terpancar kegembiraan di wajah si bapa saat mengendong bayi mereka buat pertama kali.
Video berkeaan telah meraih lebih dari dua juta tontonan dan hampir mencecah 200,000 tanda suka.
Hargai pengorbanan isteri anda
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dengan kelahiran cahaya mata mereka.
Mereka turut kagum dengan semangat wanita ini dan turut memuji suaminya setia berada di sisi selama isterinya semasa proses kelahiran.
Video yang tular di Tiktok
Semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran buat suami diluar sana untuk menghargai pengorbanan isteri melahirkan zuriat mereka.