Seorang ibu muda pernah tular kisahnya sebelum ini kerana pemergian suami secara mengejut sewaktu baru mengecapi alam perkahwinan genap dua bulan.
Lebih memilukan, Airina Roslan atau mesra disapa Erin, 24, tidak sangka selepas tiga hari pemergian suami, dia mendapat tahu dirinya hamil.
Menurutnya, kehadiran putera sulungnya itu menjadi pengubat rindu buat Allahyarham suaminya.
“Kehadiran bayi lelaki ini pengubat rindu buat arwah. Sampaikan rambut pun sama, betul anak ayah ni.”
Hanya dua bulan dapat melayari perkahwinan, pengganti bayi dalam kandungan itulah pengubat rindu.
Sebelum ini Erin pernah berkongsi walaupun hatinya sedih kerana tidak menyangka betapa cepatnya Allah ‘mengambil’ suami, tapi dia mesti kuat demi bayi.
Allahyarham suaminya yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Ashraf, 25 tahun, meninggal dunia genap dua bulan perkahwinan mereka, selepas arwah terkena seranganjantung ketika bermain futsal.
Namun begitu, setelah tiga hari suami meninggal dunia, Erin disahkan mengandung anak sulung mereka.
Walaupun berita gembira itu tidak dapat dikongsikan bersama suami tercinta, namun kehadiran zuriat itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu.
“3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you.. i mintak maaf i tak sempat nak bgtau you…
“Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant. Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lg
“You kata u yakin i pregnant. Hahaha. Tapi baby pun malu malu lg nk tunjukkan diri dia time tu. lepas ayah tkde, baru nk tunjukkan diri ye baby?
“Tkpe.. ayah mesti dah tau dulu tu.. hihi. You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sbb tu Allah bg hadiah ni kt i & family kita.
“Semoga Allah mudahkan urusan i & anak kita ye you.. semoga i dapat melatih diri i untuk jd ibu yg baik utk anak kita. I harap muka baby sebijik you!
“Boleh la i gomol dia tiap hari! Kurang sikit rindu i kt youuu hihi.”
Terbaru melalui perkongsian di instagram dan IG storynya, Erin yang telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ali, bersyukur Allah mempermudahkan urusannya walaupun tanpa kehadiran suami di sisi.
Menurutnya, bukan mudah melalui detik ini berseorangan, tetapi demi anak kekuatan itu datang dengan sendirinya.
“Terima kasih atas semua doa! Kita post gambar maknya dulu lah sebab bangga dengan diri sendiri dapat meneran
“Kepada ibu ibu yang dah melahirkan buuuuaaaannyyyaaakk anak.. respect lah anda memang hebat! Kepada suami suami.. adu kalau tk sayang jugak tktau lah! Ey! Sakit ko tau!”
Rata-rata para pengikutnya mengucapkan tahniah di atas kelahiran dan mendoakan agar kedua-dua ibu dan anak sentiasa sihat.