Allahyarham Abam Bochey ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan telah memberikan tauladan yang buat buat semua lapisan masyarakat.
Sejak permergiannya semalam, sedikit demi sedikit kebaikannya dikongsi rakan taulan dan orang ramai yang pernah bertemu dengan beliau sama ada menerusi Facebook mahupun laman media sosial yang lain.
Menerusi satu video perkongsian oleh Ustaz Hanafiah, beliau telah bertemu dengan seorang penjaga kubur ketika menziarahi kubur Abam di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.
Menurut Ustaz Hanafiah, penjaga kubur itu menceritakan suatu peristiwa yang menjadi salah satu bukti kebaikan Allahyarham Abam pada malam selepas pengebumian.
Penjaga kubur tersebut memberitahu ketika sedang mengunci pintu pagar kawasan perkuburan, dia didatangi oleh seorang perempuan yang menaiki motosikal bersama anaknya yang masih kecil.
Perempuan itu merayu agar diberi peluang untuk menziarahi kubur Allahyarham Abam walaupun sudah lewat malam.
“Pakcik, tolonglah pakcik, saya nak masuk tengok arwah Abam, tolonglah pakcik.”
Namun pada awalnya permintaan perempuan itu ditolak memandangkan sudah terlalu lewat.
“Esok je lah. Kubur ni tak ke mana. Esok je datang,”
Walaubagaimanapun, perempuan itu tidak berputus asa dan terus merayu kepada penjaga kubur tersebut.
Menurutnya, dia datang dari jauh dan tak sempat untuk datang pada waktu siang.
“Pakcik, saya datang dari jauh ni pakcik. Tolonglah saya pakcik, saya tak sempat nak datang siang,” katanya.
Merasa simpati dengan permintaan perempuan tersebut, akhirnya penjaga kubur itu mengalah dan membenarkannya masuk.
Apabila ditanya, perempuan itu memberitahu di mana dia banyak menerima bantuan daripada Allahyarham Abam ketika beliau masih hidup.
Malah segala perbelanjaan dan sekolah ditampung oleh Allahyarham Abam.
“Saya dan anak saya sebenarnya banyak menerima bantuan daripada Abam. Dan Abam telah menyekolahkan anak-anak saya dan semua perbelanjaan sekolah telah ditampung oleh Abam.”
Kisah tersebut ternyata menyentuh hati Ustaz Hanafiah dan berkongsikan video perbualannya bersama penjaga kubur tersebut.
“Kisah Penjaga Kubur tentang ABAM. Kisahnya jam 10.30 mlm ketika penjaga kubur nak tutup pagar.
“Seorang perempuan membawa anaknya naik motor, merayu utk masuk ziarah kubur ABAM. Di ceritakan ABAM menampung segala perbelanjaan sekolah anak anaknya. Kelebihan bersedekah.”
Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.
Berita itu disampaikan sendiri oleh adiknya, ALi Puteh menerusi laman media sosial Instagram.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Semoga Allahyarham Abam tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.