Personaliti TV, Nur Hidayah Abu Bakar, atau lebih dikenali sebagai Dayah Bakar bersama anak lelakinya akhirnya dapat bertemu semula dengan suami tercinta.
Setelah lebih setahun tidak bertemu, penantian itu telah berakhir apabila pengacara ini disatukan dengan suami, Muhammad Hanif Hamidi di Australia pada Selasa.
Pertemuan penuh emosi setelah 377 hari terpisah
Menerusi rakaman video ayng dimuat naik di Instagramnya, dalam video berkenaan memaparkan pertemuan yang penuh emosi setelah 377 hari terpisah.
Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 32, turut membawa bersama anak mereka, Achbar Muhammad Fahri yang kini genap berusia lima bulan.
Jalani kuarantin di Australia selama 2 minggu sebelum suami
Menerusi perkongsian video terbaharu oleh Dayah di Instagram rasminya sebentar tadi, Kapten Hanif Hamidi yang menunggu di lapangan terbang menyambut Dayah dan anaknya dengan pelukan erat.
Sebelum itu, personaliti berusia 32 tahun itu bersama anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri, telah menjalani kuarantin di Australia selama 2 minggu.
Perjalanan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata selain syukur
“Perjalananan dengan 1001 cerita yang tidak mungkin dapat ditulis dan diungkapkan dengan kata-kata selain dari rasa syukur”.
“Alhamdulillah Ibu , Baba dan Fahri dapat bersama , akhirnya. Terima kasih atas doa baik kalian yang tidak putus untuk Dayah dan keluarga”.
“We appreciate it so much dan Dayah doakan sesiapa sahaja yang terpisah dengan yang tersayang akibat pandemik, sekejap atau lama , dekat atau jauh, dapat disatukan kembali . Amin”
Ibu, baba dan Fahri akhirnya bersama
Selepas selesai menjalani kuarantin, mereka berdua menaiki tiga kali penerbangan untuk bertemu suaminya dan menetap di sana.
Apa yang lebih menyentuh hati, ini merupakan pertemuan secara fizikal buat kali pertama antara Kapten Hanif bersama anaknya sejak awal kehamilan sehingga Fahri sudah berusia empat bulan.
Terpisah kerana PKP dan tuntutan kerja suami
Dayah yang sebelum ini terpaksa mengandung dan membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.
Pasangan ini terpisah pada awal tahun lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tuntutan Kapten Hanif kepada negara.
600,000 tontonan selepas 3 jam dimuat naik
Walaupun rakaman video yang baru sahaja dimuat naik sekitar tiga jam yang lalu itu, meraih lebih dari 600,000 tontonan setakat ini.
Malah rakan artis, peminat dan warganet yang tersentuh melihat momen indah pertemuan mereka sekeluarga setelah terpisah sekian lama.
Terdahulu, Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos tahun lalu.