Connect with us

Semasa

[VIDEO] Prank Daging Korban Berisi Sampah, Youtuber Ditahan Polis

Seorang Youtuber Indonesia yang cuba membuat ‘prank’ dengan mengagihkan bungkusan yang kononnya mengandungi daging korban tetapi sebenarnya berisi sampah mengundang padah apabila dia kini disahkan telah ditahan pihak polis.

Menerusi laporan media Indonesia, konten yang diterbitkan itu dianggap sebagai satu penganiayaan dan khianat kerana pengagihan daging korban sepatutnya satu ibadah yang mulia.

Bungkusan plastik hitam berisi sampah

Video berdurasi 11 minit 56 saat itu dimuatnaik di laman Youtube milik Edo Putra  memaparkan seorang Youtuber tersebut dan rakannya mengagihkan bungkusan plastik hitam kepada jiran tetangganya.

Di dalam video tersebut, Edo bertemu dua wanita di sebuah kampung dan memaklumkan mahu mengagihkan 5 kilogram daging korban.

Kedua-dua wanita itu terlebih dahulu diberitahu agar tidak membuka plastik hitam yang dikatakan mengandungi daging itu sebelum mereka meninggalkan kawasan tersebut.

‘Daging’ yang dimaksudkan, sebenarnya hanya sampah sarap yang dikutip suspek.

Kemudian, mereka dalam diam merakam reaksi kedua-dua mangsa sebelum kembali untuk menyatakan itu hanyalah satu prank.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut masih belum diturunkan dari laman YouTube.

Walau bagaimanapun, jumlah dislike yang diterima jauh melebihi jumlah like, iaitu hampir 200,000 dislikes berbanding hanya 7,000 likes.

Ditahan pihak berkuasa

Polis Indonesia telah menahan YouTuber tersebut dan seorang rakannya, susulan video prank menyerahkan daging korban yang sebenarnya sampah itu menjadi perhatian netizen.

“Kedua-dua suspek telah ditahan,” kata Ketua Komisioner Polis Palembang Anom Setyadji.

Mereka didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti. Kandungan video itu juga didakwa melanggar etika kesopanan.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Dalam pada itu, dua lagi rakan Edo yang berperanan sebagai jurukamera ketika kejadian masih dalam senarai orang buruan polis dan pihak berkuasa menyatakan seramai 4 orang terlibat dalam kejadian.

Rata-rata netizen berpuas hati dengan penangkapan tersebut dan berharap tiada lagi mana-mana Youtuber cuba membuat konten yang tidak bermanfaat seperti itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.