Video ‘Prank’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Konten, YouTuber Ini Terima Pelbagai Respon
Trend membuat konten yang ‘gila-gila’ dan kontroversi semakin menjadi pilihan para Youtuber tempatan.
Kalau diperhatikan, pengaruh daripada Youtuber luar negara sangat besar dalam menjadi inspirasi pembikin konten video di negara kita.
Jahanamkan kereta rakan
Salah seorang Youtuber tempatan yang terkenal, Isa Isarb sekali lagi mencipta isu serta mengundang respon netizen apabila menghasilkan sebuah video mengjahanamkan kereta staf yang juga merupakan rakannya sendiri demi konten terbaru.
Menerusi video yang dimuat naik, YouTuber ini memaklumkan rakannya menggunakan kereta Proton Iswara yang kerap rosak.
Jadi, sebagai cara untuk ‘menghargai’ rakannya, YouTuber ini memilih untuk membuat kejutan buat rakannya.
Mahu bakar
Pada awal perancangan, Isa telah memberitahu mahu membakar kereta rakannya namun rancangan beliau telah dihalang pihak berkuasa.
Disebabkan itu Isa bersama pasukannya telah memecahkan cermin dan memancitkan tayar Proton Iswara.
Hadiah kereta baru
Walau bagaimanapun, Isa telah menggantikan rakannya Faizal dengan sebuah kereta baharu iaitu Perodua Aruz.
Malah lebih mengejutkan, kereta baru ini telah dibayar sepenuhnya secara tunai sebelum diberikan kepada rakannya.
Walaupun YouTuber ini mempunyai niat yang baik serta mempunyai cara yang unik untuk meraih jumlah tontonan di YouTube, cara yang dipilih Isa Isarb nyata kurang digemari segelintir netizen apabila beliau sanggup memecah dan merosakkan Proton Iswara rakannya.
Respon netizen
Sementelah lagi melihatkan kereta ini merupakan kereta daripada jenama tempatan.
Berikut adalah beberapa respon yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen Youtube.
“Restore balik saga to, mesti nilai sentimental value yg tinggi dalam kehidupan dia..”
“Sedih nya bila kete proton di buat camtu”
“Sepatutnya kete tu sempan kalau terdesak nanti cam na rugi je bakar membazir”
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyokong tindakan Isa Isarb serta melabelkan beliau sebagai MrBeast Malaysia.