Lampu isyarat merupakan salah satu sistem keselamatan untuk memudahkan aliran lalu lintas di kawasan persimpangan.
Namun, insiden melanggar lampu merah boleh dikatakan sering terjadi di Malaysia.
Hal ini berlaku sikap tidak sabar dan mementingkan diri sendiri oleh pengguna-pengguna jalan raya ketika menghampiri lampu isyarat dan perkara ini boleh mengundang padah serta mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya sama ada mendatangkan kecederaan atau maut.
Tebaru, tular satu rakaman dashcam memaparkan sebuah Proton Persona menyelit diantara dua buah Myvi yang menunggu lampu isyarat merah.
Namun apa yang membuatkan orang ramai berang, Proton Persona itu kelihatan memecut laju di laluan kecil yang betul-betul memuatkan kereta itu..
Lebih memburukkan keadaan, tindakan yang dilakukan pemandu Proton Perodua itu telah menyebabkan cermin sisi kereta myvi yang berwarna hitam rosak dan patah.
Difahamkan, insiden ini dirakam oleh kamera dashcam kereta yang berada di belakang Myvi yang berwarna hitam.
Menerusi video tersebut, Kereta Myvi dan Nisan Almera dilihat cuba untuk mengejar Proton Persona untuk menyelesaikan perkara itu.
Video yang tular di laman Facebook:
Rakaman tersebut walau bagaimana pun telah menarik perhatian orang ramai dan rata-rata geram dengan sikap Proton Persona yang memandu secara melulu dan berbahaya.
Hal ini boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain, ada juga netizen yang bersyukur kerana tiada motor yang menunggu lampu isyarat disitu. Andaikata jika ada, sudah tentu berlaku kemalangan yang lebih teruk melibatkan nyawa seseorang.
Meninjau di ruangan komen, majoriti netizen meminta untuk membuat laporan polis pemandu Persona itu ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan tindakan berbahayanya itu.
Harap dengan ini membuka mata orang ramai agar lebih prihatin di atas jalan raya dan mementingkan keselamatan diri serta orang lain.
Nasib baik kalini ‘King of The Road’ tak buat hal.. Elok je dia tunggu lampu merah.. hehehe