Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “PU semua sibuk suruh aku kahwin” Zarina Anjoulie Perjelas Isu Berceraii

Status perkahwinan pelakon Zarina Anjoulie terus menjadi tanda tanya selepas dia memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya memberitahu bahawa dia sudah berpisah.

Pelakon yang lebih mesra disapa sebagai Anju itu telah memuat naik posting berkenaan di Instagram pagi tadi dan turut menutup ruangan komen pada posting berkenaan.

Alhamdullillah, terima kasih Yas

Perkongsian pelakon tersebut turut mengejutkan ramai pihak memandangkan Anju bru sahaja 6 bulan mendirikan rumah tangga dengan Eilyas Azhar pada Julai 2020.

Anju jelaskan keadaan sebenar

Selepas berdiam diri beberapa jam, akhirnya Anju telah memuat naik video memaklumkan keadaannya ketika ini dan sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk bercerai.

Malah, Anju turut mengesahkan perkara yang dikongsikan kepada umum di laman sosial itu adalah benar.

Perkara ini adalah yang terbaik buat kedua belah pihak

Menurutnya penceraian ini merupakan pilihannya sendiri dan akui perkara ini adalah terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Ini pilihan saya dan yang terbaik untuk saya

“Ye, Anju dah cerai. Bukan aku sibuk nak kecoh, tapi sebab ramai yang tanya. Bukan apa-apa pun, bukan teruk sangat”.

“I just rasa we’re just not in the same page anymore. Its by choice. Ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya cuma mahu fokus kepada keluarga dan anak saya”.

Perkahwinan ini terbina terlalu cepat

Malah, ujar Anju tiada perkara besar terjadi antara mereka dan hanya merasakan perkahwinan yang terbina terlalu cepat.

Ini mungkin kerana mereka berkenalan tidak terlalu lama sebelum mengambil keputusan berkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Tidak sefahaman dan bawa haluan masing-masing

Menerusi video yang di muat naik di IG story pula, selebriti tersebut menyatakan mereka tidak mempunyai persefahaman.

Lalu mereka berdua telah sepakat dan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Anju dan suami sudah bercerai dengan cara baik

Jelas Anju, dia dan suaminya sudah bercerai dengan cara baik memandangkan dia merasakan mereka sudah tidak serasi.

Menurut pelakon ini lagi, dia ingin lebih memberi fokus kepada kerja, keluarga dan anak lelaki.

Beliau turut mengakui ingin menghabiskan lebih banyak masa terluang bersama keluarganya.

Desakan kahwin dari orang luar menjadikan dirinya tertekan

Pelakon ini turut menjelaskan desakan daripada netizen dan pendakwah selebriti yang menggesanya berkahwin menjadikan dirinya tertekan dan mengambil langkah drastik itu.

Anju turut memberi pesanan kepada semua pasangan diluar sana supaya tidak terlalu terpengaruh dengan desakan orang ramai yang meminta untuk segera berkahwin kerana risikonya berbalik kepada diri sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)

Anju kelihatan sebak menuturkan kata-katanya

Anju turut berterima kasih kepada semua yang prihatin dan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata netizen tumpang sedih dengan perkhabaran tersebut.

Malah Zarina Anjoulie juga dilihat sebak ketika menuturkan kata-katanya. Rata-rata netizen turut memberikan semangat untuk pelakon ini terus berjaya dengan kehidupannya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.