Connect with us

Semasa

[VIDEO] Puting Beliung Melanda Jerlun Kedah Petang Tadi, Penduduk Laung Azan

Akhir-akhir ini cuaca disekitar Semenanjung Malaysia tidak menentu. Hujan dan ribut petir hampir setiap petang melanda.

Amaran langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada penduduk supaya lebih berhati-hati terutama ketika waktu petang.

Sebentar tadi, satu puting beliung telah melanda di salah satu kawasan di Kampung Pida 4, Ayer Itam, Jerlun, Kedah.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Penang Kini satu video telah memaparkan kejadian itu melanda penduduk disekitar kawasan berkenaan.

Video yang berdurasi kira-kira 29 saat itu telah tular di laman sosial Facebook dan beberapa keping gampar telah dikongsikan oleh pengguna Facebook yang berkongsi situasi di tempat kejadian.

Video itu memperlihatkan satu pusaran angin dan awan hitam dikawasan lapang bergerak menuju ke kawasan kampung.

Situasi yang disedari penduduk kampung kemudiannya bertindak melaungkan azan supaya tiada perkara buruk melanda penduduk kampung tersebut.

Sementara itu, netizen turut meninggalkan komen dan beberapa keping gambar yang memperlihatkan beberapa kerosakan rumah dan bangunan ketika kejadian melanda.

Beberapa rumah yang terlihat dilihat mengalami kerosakan pada bahagian bumbung rumah dan beberapa pokok telah tumbang dikawasan tersebut.

Beberapa netizen turut meninggalkan komen dan memberitahu ketika kejadian suasana begitu gelap dan menakutkan diikuti angin yang kencang beserta ribut.

Rata-rata netizen melahirkan kerisauan dan berharap penduduk yang terlibat dengan kejadian itu selamat dan dalam keadaan baik.

Diharap semua pihak dapat berhati-hati dan mengurangkan aktiviti luar rumah sementara cuaca kurang baik ketika ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.