Connect with us

Semasa

[VIDEO] Raja Permaisuri Agong Siap Singsing Lengan Baju Cemar Duli Masak Juadah Untuk Mangsa Banjir

Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan terus mencatatkan peningkatan, lapor Sinar Harian.

Manakala keadaan banjir di Perak, Selangor dan Johor bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara semakin berkurangan.

Pahang mencatatkan angka 18976 orang 

Di Pahang, situasi banjir bertambah buruk apabila mangsa banjir yang dipindahkan di 241 pusat pemindahan mencatatkan angka 18,976 orang daripada 5,032 setakat jam 7.30 pagi ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Maran masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,501 orang diikuti Temerloh (3,020 keluarga), Lipis (2,551), Raub (2,402), Jerantut (2,329), Kuantan (2,321), Rompin (1,012), Pekan (430) dan Bera (410).

Raja Permaisuri Agong mencemar duli memasak juadah untuk mangsa banjir

Sementara itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak juadah tengahari untuk mangsa banjir di PPS Dewan Orang Sri Damai, Kuantan hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Istana Negara berkongsi satu video dimana Raja Permaisuri bersingsing lengan baju sibuk menyiapkan juadah makan kepada mangsa banjir.

Sudah menjadi kelaziman bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Raja Permaisuri Agong prihatin terhadap mangsa banjir

Pada hari ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan dan meluangkan masa memasak bersama para petugas di PPS tersebut.

Sentuhan air tangan Raja Permaisuri Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Seri Paduka Baginda ajak rakyat doakan bencana tidak berpanjangan

Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu.

Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.

Semoga mangsa-mangsa banjir yang terlibat diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.

Diharap lebih ramai individu tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.