Perkahwinan adalah suatu hari yang bahagia bagi dua orang mempelai. Setiap pasangan pasti inginkan memori yang terindah pada hari sekali seumur hidup ini untuk dijadikan kenangan terindah pada masa akan datang.
Namun begitu, jarang mempelai yang berani tampil untuk mencuba konsep unik dan lain daripada yang lain untuk meraikan hari bahagia mereka.
Begitulah pasangan unik di Indonesia ini yang memaparkan pasangan mempelai diiringi oleh sebilangan mereka yang berkostumkan raksasa.
Dapat dilihat di dalam video TikTok yang dikongsikan oleh nama pengguna @sanggarriasmehrunisa, ramai juga yang cuba untuk mengambil gambar bersama raksasa yang unik itu.
“Duinia ketika Ring of Sauron gagal dihancurkan”
Anak-anak kecil kelihatan seronok berada di samping orang yang berkostum raksasa. Jurugambar juga tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan peristiwa istimewa ini.
Majlis perkahwinan mereka disambut meriah seolah-seolah mereka berada di karnival! Bom asap berwarna juga dipasang untuk memeriahkan majlis pasangan tersebut.
Video TikTok berdurasi 2 minit dan 20 saat yang dimuatnaik di aplikasi Twitter ini viral dan telah mendapat perhatian ramai warganet sehingga mendapat bilangan 6 ribu retweets dan 17 ribu likes.
Terdapat banyak reaksi lucu diberikan oleh netizen di Twitter. Ada yang mengatakan “rasa seperti nikah tapi ada yakjuj makjuj”.
“Baru tahu di majlis perkahwinan ada perarakan sebegitu, kostumnya menakutkan,” kata salah seorang. “Macam majlis kahwin Lucifer,” ujar yang lain.
“Sumpah memang bagus kreatif, lain dari yang lain juga, tapi kalau saya cakap macam tu, saya yang kahwin mungkin menangis ketakutan dan pengsan agaknya,” seloroh warganet.