Connect with us

Viral

[VIDEO] Rambut Masih Basah, Wanita Ini Selamba Pakai Tuala Pergi Shopping

Seringkali kita lihat para wanita yang ingin keluar ke sesuatu tempat pasti akan bersiap dengan cantik dan kemas lebih-lebih lagi apabila pergi ke pusat beli belah.

Tidak dinafikan ada juga yang berpakaian biasa-biasa sahaja namun masih tidak berpakaian pelik.

Lain pula dengan seorang wanita ini yang tular di tiktok kerana dia dengan yakinnya memakai tuala yang dijadikan sebagai tudung.

“Bila rambut hang basah tapi tetap nak shopping barang dapur” tulis pemilik video di tiktok.

Di dalam video tersebut, suaminya telah merakam si isteri yang sedang menunggu makanan di pusat beli belah dan mengatakan tudung yang dipakai sangat cantik sehingga membuatkan wanita itu tersipu malu.

“Yam, cantik tudung”

Wanita itu juga dilihat berpusing seperti seorang model dengan mengucapkan terima kasih kepada suaminya.

Ingat Tudung Rupanya Tuala

Difahamkan wanita itu sebenarnya tidak sempat mengeringkan rambut di rumah kerana mahu menemani suaminya untuk membeli barang dapur dan keperluan rumah di samping mengejar masa sementara pusat beli belah itu belum lagi ditutup.

Sekali dilihat pasti ramai yang tidak perasan bahawa itu adalah tuala yang dijadikan sebagai tudung.

Dengan bentuknya yang seperti tudung labuh yang menutup aurat, rupanya tuala yang bercorak kartun animasi. Sungguh kreatif ideanya.

“Aku sorang je ke masa first tengok and cari mana tualanya. Aduhai cantik betul dia pakai tuala”

Tidak semua orang mempunyai keyakinan untuk berpakaian seperti itu lebih-lebih lagi memakai tuala di kepala namun wanita ini dikatakan sangat yakin pada diri serta mendapat pujian dari netizen di aplikasi tiktok.

Ada juga yang berseloroh tentang kebanyakan wanita biasa akan merungut tiada tudung walaupun hakikatnya masih banyak yang belum dipakai.

“Pakai towel pun comel, tak berkelip tengok. Kongsi tutorial please”

“Cantiknya, kalau tak cakap tak perasan pun tu tuala”

“1 nisbah 4.7 juta pompuan kluar selamber macam ni, selalu kau ada 10 brand tudung, 453 helai tapi time keluar tetap takde tudung ni selalu”

Video yang tular itu telah mendapat perhatian netizen dengan tontonan sebanyak 243 ribu tontonan, 9612 likes, 226 komen serta 178 perkongsian di aplikasi Tiktok.

@yussyahBila rambut hang basah tapi tetap nak shopping barang dapur 😌 #fyp #fypシ #yussyah #abahfamily

♬ Kasih Slow – Nonna 3In1

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.