Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Rehatlah Sayang Sepuasnya” Pergi Selamanya Anak Harapan Siti Hajar

Sekitar semalam dan hari ini  kita dikhabarkan satu insiden duka berlaku yang di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“Sepanjang hayatnya tidak pernah sikit pun arwah susahkan kami, bahkan dia suka berdikari, mencari wang sendiri jika mahukan sesuatu,” kata ibu kepada Muhammad Saifullah Mohammad Hafeiz, 16, yang meninggal dunia dirempuh bas di Setia Triangle, Bayan Lepas, semalam.

Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan

Menurut Siti Hajar Ghazali, 38, berkata, dia dan suaminya, Mohammad Hafeiz Mubara, 44, berasa terkejut selepas menerima berita nahas yang melibatkan anak sulung mereka.

Sebelum insiden itu, arwah dikatakan keluar rumah tanpa memaklumkan apa-apa dengannya, ujar Siti Hajar.

“Saya pelik sebab selalunya dia kalau hendak keluar, pasti akan salam saya dulu tetapi semalam dia keluar begitu sahaja tanpa memaklumkan apa-apa”.

“Tidak lama selepas itu, saya dapat panggilan memaklumkan kemalangan itu. Sedih dan sukarnya saya menerima berita itu,” katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Mustaghfirin di Sungai Tiram, Bayan Lepas.

Jenazah pelajar tingkatan empat itu telah selamat dikebumikan kira-kira 11 pagi, hari ini.

Siti Hajar sempat bercerita bahawa arwah merupakan anak sulung daripada tujuh beradik itu adalah harapan keluarga kerana semangatnya dan sikap suka membantu dia dan suaminya.

Rajin bekerja untuk mengumpul duit demi masa depannya

Difahamkan, Muhammad Saifullah bekerja secara sambilan sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera sejak Mei lalu.

“Dia masih bersekolah, tetapi dari dulu dia jenis tidak suka duduk diam dan akan membuat kerja-kerja sambilan untuk mengumpul duit demi masa depannya”.

“Malah, dia beritahu dia tidak mahu susahkan saya dan ayahnya, jadi apa sahaja dia nak, dia yang akan berusaha sendiri,” ujarnya kepada Harian Metro.

Arwah Mohammad Hafeiz juga disifatkan seorang anak lelaki yang pendiam kerana sifatnya yang kuat berdikari.

Dia anak yang baik 

“Namun, dia anak yang baik, tidak pernah sekali pun susahkan saya dengan ibunya, malah rapat dengan keluarga,” katanya.

Dalam kejadian itu, sebuah bas persiaran dari arah Persiaran Kelicap ke Bayan Lepas dikatakan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dan merempuh sebuah lagi kereta dipandu wanita bersama dua anaknya.

Kemudian, bas itu telah merempuh motosikal yang diletakkan di tepi jalan dan motosikal yang ditunggang Muhammad Saifullah yang ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.