Connect with us

Viral

[VIDEO] Remaja Kongsi Momen Ibu & Bapa ‘Istimewa’ Rancak Bersembang Guna Bahasa Isyarat Buat Netizen Tersentuh

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa kekal selamanya. Begitulah besarnya kasih sayang yang dicurahkan ibu bapa kepada anak-anak.

Kedua ibu bapa memiliki keupayaan berlainan

Kasih yang tercipta melangkaui sempadan bahasa. Ia bukan sahaja boleh diterjemah melalui suara, namun juga boleh dizahirkan secara fizikal melalui gerakan tubuh, termasuk bahasa isyarat.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pemuda yang bernama Muhammad Zulhaikal Bin Zailani.

Fasih berbahasa isyarat

Zulhaikal yang berumur 19 tahun hidup bersama ibu bapa yang memiliki keupayaan berlainan dalam pendengaran dan percakapan.

Secara tidak langsung, dia kini turut menjadikan fasih dalam bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan kedua ibu bapanya.

Saya kagum dengan mak ayah saya

Jelas pelajar Politeknik Nilai itu, dia bersama adik-beradiknya yang lain berkomunikasi dalam bahasa isyarat dengan ibu bapa mereka.

“Apa yang saya kagum dengan mak ayah saya diorang dapat membesarkan saya dan adik beradik hingga kini walaupun dalam keadaan sebegitu,” ujarnya.

Ibunya seroang yag baik, penyayang dan tegas

Menurut Zulhaikal, ibunya merupakan seorang yang baik, penyayang dan tegas manakala ayahnya pendiam, penyabar dan prihatin terhadap anak-anak.

Ibu dan ayahnya yang mengajarkan bahasa isyarat kepada Haikal dan dua adiknya sepanjang mereka membesar.

Saya harap suatu hati nanti mereka panggil nama saya

Baru-baru ini, Haikal telah berkongsi sebuah video bersama ibu bapanya yang sedang berbual sesama mereka dalam bahasa isyarat.

Video berkenaan berjaya menyentuh hati orang ramai tatkala melihat keluarga tersebut yang rancak berbual sesama sendiri.

“Saya harap suatu hari nanti saya dapat mendengar mereka memanggil nama saya” ujarnya.

Semoga keluarga istimewa ini terus dilimpahi rahmat dan bahagia dengan keistimewaan yang diberikan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.