Merindui seseorang insan yang telah tiada begitu perit untuk ditelan kerana ianya merupakan rindu yang tiada penghujung.
Luluhnya hati mengenangkan orang yang selalu berada disisi pergi bertemu Ilahi. Namun sudah menjadi fitrah hidup, yang bernafas pasti akan merasakan mati.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang lelaki yang sudah 6 bulan kehilangan ibunya.
Bukan pengalaman yang mudah bagi insan yang bergelar anak namun kehidupan haruslah diteruskan.
“Rindu tiada penghujung… Selepas 6 bulan mak pergi, harini baru ada masa nak kemas2 baju arwah mak…
“Pagi tadi tiba2 dia masuk bilik nangis2 tak lama tu Dinie gi rumah mak tengok dia takde, cari-cari rupanya menangis kat bucu dlm bilik mak sambil kemas2 baju mak.. Al-fatihah mak ….”
Menerusi video yang tular di laman TikTok dan Facebook itu, memaparkan sang isteri yang dikenali sebagai Dinie Roslee sedang merakamkan detik-detik pilu suaminya yang tidak dapat menahan sebak apabila melihat baju-baju arwah walaupun sudah setengah tahun arwah ibunya meninggal dunia.
“Selepas enam bulan mak pergi, harini baru ada masa nak kemas-kemas baju arwah mak.”
“Pagi tadi tiba-tiba dia (suami) masuk bilik menangis.”
“Tak lama tu Dinie pergi rumah mak, tengok dia tak ada.”
“Cari-cari rupanya menangis kat bucu bilik mak sambil kemas-kemas baju mak,” tulis Dinie dalam hantaran di laman Facebooknya.
Difahamkan, baju-baju arwah ibu mertuanya itu dikemaskan setelah enam bulan pemergian wanita tersebut untuk disedekahkan.
Dalam video yang berdurasi 58 saat itu memaparkan gugurnya air mata seorang lelaki apabila orang yang dia cintai pergi buat selama-lamanya.
Lelaki itu kelihatan mencium telekung arwah ibunya dan difahamkan itu merupakan telekung yang dia tolong sarungkan pada arwah ibunya setiap kali solat pada setiap hari.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan berharap agar lelaki tersebut terus kuat dalam menjalani kehidupannya.
Sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarhamah ibu kepala lelaki ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.