Rita Rudaini binti Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Rita Rudaini antara nama yang tidak asing lagi dalam industri di negara kita.
Pelakon berbakat besar ini masih aktif dan sering memuat naik perkembangan terkininya di Instagram.
Mempunyai seramai 1.7 juta pengikut di Instagram, pelakon cantik tinggi lampai ini sering juga berkongsi aktivitinya bersama dua orang hero kesayangannya itu.
Terbaru, beliau sempat berkongsikan gambar bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Rita Rudaini luah rasa syukur
Mereka sekeluarga baru sahaja selepas selesai menunaikan solat sunat terawih pertama Khamis lalu, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur.
Menerusi perkongsian itu, Rita turut bersyukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Anak sulung berumur 11 tahun imamkan solat terawih
Sementara itu, Rita juga memberitahu anak sulungnya mengimamkan solat sunat terawih mereka.
Mereka sekeluarga banyak meluangkan masa mengaji Al-Quran
Jika dilihat sebelum ini, Rita juga dilihat banyak berkongsikan beberapa aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu yang banyak meluangkan masa dengan mengaji Al-Quran.
Pada masa yang sama, Rita juga dilihat turut serta kelas mengaji secara online bagi memperbetulkan bacaan tajwidnya juga.
Rezeki yang paling berharga-Netizen
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan pelakon itu sangat beruntung kerana memiliki anak-anak yang soleh dan minat untuk mempelajari Al-Quran.
Rata-rata netizen turut memuji cara didikan Rita meskipun beliau merupakan seorang ibu tunggal tetapi mampu membimbing anak-anak di jalan agama dengan baik.