Semenjak perintah kawalan berkurung diadakan pasti ramai yang berasa bosan untuk tinggal di rumah lebih-lebih lagi bagi golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan ibu-ibu mengandung.
Namun, apalah daya seorang suami untuk meninggalkan isteri sendirian di rumah tatkala isteri sedang sarat hamil, pastinya akan berasa risau untuk ditinggalkan.
Sekali lagi, youtuber terkenal Durian Kimchi mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen oleh kerana posting yang dimuat naik di akaun Instagram Ryzal Ibrahim iaitu suami kepada Maryam Yu Narae.
Menurut Ryzal, setiap kali dia pergi bekerja Maryam akan bertanya jika Ryzal perlukan teman atau tidak. Ryzal mengakui dia tidak sampai hati untuk meninggalkan isterinya dirumah seorang diri walaupun bimbang dengan keselamatan isterinya oleh faktor risiko jangkitan C19.
“Tiap kali saya keluar Maryam akan tanya ‘Abang nak sayang ikut tak?'”
“Saya tak benarkan dia ikut risaukan kandungan dan kondisi badan dia tapi kesian pula tinggalkan dia keseorangan di rumah. Saya bagitahu dia ‘Boleh ikut tapi duduk dalam kereta jangan keluar, biar abang je keluar.”
“Kesian isteri abang penat sampai tertidur tunggu abang selesai urusan kerja.”
“Sejak kebelakangan ni asyik nak berkepit je. Dia nak tambah lagi satu agaknya kan”
Ujar Ryzal lagi, dia membawa isterinya ikut bersama kerana semenjak sarat hamil isterinya semakin manja dengannya dan mahu bersama setiap masa namun dia hanya benarkan isterinya itu menunggu di dalam kereta sahaja.
Justeru, apa yang menjadi isu perbualan hangat netizen apabila Ryzal terlihat memegang perut Maryam menggunakan sarung tangan tatkal isteri sedang lena di sebelahnya sedangkan dia baru sahaja berjumpa ramai orang di luar.
Menurut netizen, Ryzal sepeeti sedang membahayakan nyawa Maryam kerana tidak peka dengan keadaan sekelilingnya dan sepatutnya dia tidak terus berjumpa dengan Maryam selepas bertemu orang luar.
Ada juga netizen yang bertanya sama ada Ryzal sudah sanitize atau belum sebelum memegang Maryam.
“Bahayanya. Tolonglah duduk rumah. U keluar, balik kena mandi dulu baru jumpa Maryam. Kalau dia ikut, even duduk dalam kereta, u masuk kereta. Sama je. Semoga Allah lindung. Nauzubillah. Yang kita boleh cegah, kita cegah ye.”
“Suami saya sanggup bawa tuala dan baju. Dia akan mandi dekat pejabat sebelum dia blik rumah. Tak makan sekali satu meja dengan anak-anak selagi dia tak tukar baju kat umah plak.Dua kali tukar baju dia. precaution extra gara2 kawan baik meninggal kerana C19”.
Bukan itu sahaja, malah ramai yang bimbang dengan situasi itu namun turut mendoakan keselamatan Maryam dan kandungannya agar terlindung daripada wabak ini.
“Alahaiii duduk je rumah sis maryam. Jangan keluar pergi mana, bahaya. Staysafe selalu yeeeee ibu-ibu mengandung”.