Connect with us

Viral

[VIDEO] Sanggup Basuh Batu Jadi Alas Makanan, Netizen Persoal “Apa guna periuk?”

Selepas kerajaan mengumumkan orang ramai boleh keluar melancong dan membuka taman-taman rekreasi, orang ramai mula keluar dari rumah untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Ada yang mengambil keputusan dengan melancong dalam negeri, ada pula yang membuat keputusan untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

Walaupun orang ramai telah dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti, namun orang ramai turut disarankan untuk mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan diri.

Tindakan sekumpulan pemuda membasuh batu curi tumpuan

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, satu video memaparkan sekumpulan pemuda sedang berkelah di kawasan air terjun.

Apa yang mencuri tumpuan apabila mereka membasuh batu di air terjun tersebut dengan sabun.

Letakkan makanan di atas batu tanpa alas

Selepas itu, mereka meletakkan makanan di atas batu yang telah dibasuh dan menikmati makanan tersebut beramai-ramai.

Apa yang menjadi kebimbangan ramai adalah apabila mereka meletakkan makanan tanpa melapik plastik seperti shellout sebagai alas makanan.

Mi segera yang dimasak diletakkan begitu sahaja di atas batu sungai tanpa dialas telah mencuri tumpuan ramai.

Perbuatan mereka boleh terdedah kepada penyakit kencing tikus

Rata-rata netizen mengatakan perbuatan mereka terdedah untuk dijangkiti penyakit kencing tikus.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tidak bersetuju tindakan para pemuda tersebut meletakkan makanan sebegitu.

Mana tidaknya, rata-rata pemuda tersebut seperti tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka itu.

Mereka sedikit sebanyak cemarkan air terjun

Malah ada yang berpendapat perbuatan mereka sedikit sebanyak mencemarkan air terjun dan juga bahayakan kesihatan mereka.

Mereka turut menasihatkan para pemuda tersebut untuk ke hospital membuat pemeriksaan agar tidak dijangkiti penyakit.

Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada semua agar menjaga kebersihan diri dan juga kebersihan alam sekitar.

Video tular di laman Twitter

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.