[VIDEO] Sanggup Panjat Tingkap Hospital Untuk Lihat Ibu Yang Dijangkiti COVID-19, Pemuda Ini Buat Netizen Sebak
Penularan wabak pandemic Covid-19 bukan sahaja menyerang negara kita malah hampir seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyekat penularan wabak berkenaan.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, kisah sedih ini mengenai seorang pemuda yang tidak sanggup berjauhan dengan ibunya yang disahkan positif Covid-19.
Panjat tingkap hospital untuk lihat ibu setiap hari
Seorang pemuda Palestin sanggup memanjat tingkap hospital setiap hari dipercayai untuk melihat ibunya.
الشاب جهاد السويطي من الضفة الغربية يتسلق كل ليلة جدار المستشفى الذي تقبع به والدته للعلاج من فيروس كورونا من أجل دعمها ومواساتها.
والدته فارقت الحياة منذ قليل! pic.twitter.com/wYuHoS4Ng0
— Dr. Ramy Abdu| د. رامي عبده (@RamAbdu) July 16, 2020
Difahamkan, ibu pemuda berkenaan telah dimasukkan ke dalam wad setelah dijangkiti Covid-19.
Bahkan, usaha pemuda yang dikenali sebagai Jihad Al-Suwaiti itu menyentuh hati ramai orang.
Walaubagaimanapun, apa yang lebih menyedihkan apabila ibunya yang berusia 75 tahun itu disahkan telah meninggal dunia pada 16 Julai yang lalu, lapor Alaraby.
Memanjat paip untuk menemani ibu dihospital
Menurut laporan Alaraby, Jihad memutuskan untuk selalu memantau keperluan ibunya , Rasma Salama, yang dipercayai dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu.
Malah, Jihad dikatakan sama sekali tidak meninggalkan ibunya itu sehinggalah ibunya meninggal dunia.
Duduk selama berjam-jam di tingkap awasi ibu
“Jihad memanjat paip yang berada berdekatan dengan tingkap di bilik ibunya dan akan duduk selama berjam-jam di tepi tingkap tersebut untuk mengawasi ibunya,” kata seorang pegawai.
Selain itu, Jihad juga dipercayai mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya kerana dia merupakan anak bongsu.
Setia menunggu sehingga saat kematian ibunya
Beberapa keping gambar dan juga video yang memperlihatkan Jihad sedang setia duduk di tepi tingkap sehinggalah saat kematian ibunya.
Before she died from coronavirus, the young Palestinian man Jihad al-Sweti used to climb into the hospital’s window to check up on his mother. 💔 #Palestine 🇵🇸 pic.twitter.com/uxmBIzrX5u