Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Sarjan Farhan ye nama ko,” Pegawai Polis Ini Layan ‘Scammer’ Menyamar Staf Pos Malaysia

Sejak akhir-akhir ini penipuan melalui panggilan telefon semakin berleluasa sehinggakan melibatkan ahli keluarga dalam masyarakat kita.

Meskipun sudah ada pelbagai cara dilakukan oleh pihak polis namun masih ada segelintir individu yang tertipu dengan sindiket ini kerana mereka sangat licik.

Mungkin menyamar sebagai pihak berkuasa dan pegawai bank sudah lapuk, penjenayah kini lebih ‘bijak’ apabila menakut-nakutkan mangsa dengan tuduhan dan kesalahan yang palsu sehinggakan mangsa terpedaya.

Terbaru, seorang lelaki sindiket penipuan menyamar sebagai pekerja Poslaju cuba untuk memperdayakan seorang mangsa terbaru.

Namun kali ini, mereka tersalah langkah apabila panggilan tersebut telah diterima oleh seorang pegawai polis.

Menerusi video yang dimuatnaik di laman Youtube, seorang pegawai polis ‘melayan’ panggilan tersebut yang didakwa dari ‘Pos Malaysia Kuala Lumpur’ kemudiannya disambung ke Ibu Pejabat Polis Sabah.

Pegawai tersebut melayan panggilan dengan memberikan nama, nombor IC dan juga alamat seperti yang diminta.

Malah scammer tersebut turut mengajar polis itu untuk membuat laporan polis berkenaan parcel yang tidak diterimanya.

Sambungan kepada video di atas ada dalam video berikut.

“Sindiket ini akan menyamar penguatkuasa dan memberikan dakwaan-dakwaan palsu bertujuan menakutkan mangsa nya.

“Apabila mangsa berasa takut maka mangsa akan termakan perangkap sindiket ini dan akan mengikuti segala nasihat dan arahan dari sindiket ini tanpa sedar”

SIRI 3 (AKHIR) SCAMMER call nak tipu polis (Rakaman penuh) Macau Scam

Saksikan bagaimana scammer memperdaya mangsa sehingga mangsa menyerahkan butiran akaun mangsa

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.