Pelakon Fazreen Rafi telah kehilangan ibu tercinta pada hari raya Aidilfitri kelima disebabkan kanser usus.
“Assalamualaikum. Untuk makluman mak saya Sutinah binti sahari ( cik tin) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.44pm selepas azan asar. InsyaAllah akan dikebumikan selepas isyak.”
Terbaru, Fazeen berkongsi kata-kata yang masih terngiang di telinga apabila arwah ibu samakan dirinya seperti Allahyarham Abam.
Menurut Fazreen, pada mulanya dia tidak memahami apa maksud yang tersirat cuba disampaikan, namun apabila si ibu menjelaskan kasih sayang yang ditunjukkan Fazreen serupa seperti Allahyarham Abam, dia mengakui rasa puas dan bangga apabila mendapat pengiktirafan sebegitu daripada ibu.
“Mama tgk adik nie sama mcm abam.. eh dah knp mama samakan faz dgn abam.. lepas chemo kt sjmc faz bawak mama faz pergi makan kt restoran jaring.
“Masa turun dr kereta faz papah mama dpn dominos pizza nk masuk restoran dia keluar tue ayat ‘adik nie mcm abam’.. faz senyum je x berapa faham masa tue abam baru meninggal dlm seminggu lebih.
“Dah settle mkn semua dlm kereta dia sambung lg.. mama tgk interview abam mcmana abam syg sgt mak dia so dia terbayang abam tue faz.. sejuk hati faz dengar hidung pun kembang semangkuk ini antara ayat yg faz xkn lupa sampai bila2 alhamdullillah sgt2 dpt dgr dr mulut mama.
“Rasa puas, rasa bangga, rasa riak pun ada, tp satu je silap faz x ckp balik mama pun anugerahterbaik dlm hidup faz walau faz x bgtahu mama harap sgt mama dpt rasa dr perbuatan faz insyaaAllah.. faz rasa seronok dpt serve mama sepanjang mama sakit.
“Rezeki dr Allah bg kt faz yg mana x ramai yg dpt, rezeki bersedia bakal hidup tanpa mama.. pelung yg diberi faz dah gunakan sehabis baik semoga mama dan abam tenang disana.. al fatehah,”
Fazreen turut berkongsi memori ketika mula-mula Allahyarhamah ibunya menerima berita tentang kanser usus.
“Tahun lepas raya ke 6 or ke 7.. dpt result dr doc yg sahkan mak faz kena cancer usus stage4 ..
“Time nie faz baru lepas nangis tp bila jumpa mak faz, faz cuba sedaya upaya utk sorok sbb xnk dia sedih kiashnya faz lari jumpa doc balik tanya details pasal condition mak faz apa yg faz faham cancer nie xde ubat, chemo adalah utk kita membeli masa hayat dia..
“Faz redha.. faz tanya jangka masa yg faz ada utk mak faz.. doc ckp kalau ikut pengalaman 6bulan ke 2tahun.. itu yg buat faz berderai air mata tp dlm vid nie faz mmg cuba control dpn mak faz n faz tau ini lah moment paling sedih dlm hidup faz sbb faz dah kena prepare utk kehilangan mak faz..
“Start dr situ faz tekad utk buat yg terbaik utk mak faz sbb faz rasa itulah raya terakhir faz dgn ibu kesygan faz.. alhamdullillah mak faz kuat,faz dpt beraya dgn mak faz lagi tahun nie 2020.. walau 10hari sebelum raya dpt result scan cancer mama faz makin teruk n doc ckp dgn faz prepare for the worst..
“10 hari sebelum raya mmg hari yg paling faz risau dlm hidup faz.. kalau dpt col dr papa n adik beradik sebelum angkat tue mmg laju jantung faz risau yg amat sbb faz mmg dah pasang niat faz nak ada disisi mak faz, faz nk tgk sendiri mak faz hembus nafas terakhir..
“Alhamdullillah termakbul semlm khamis 28/5/2020 tepat2 habis azan asar dlm dua min mama faz hembus nafas terakhir.. terima kasih mama jaga faz selama nie..
“X mungkin faz akn lupakan mama sbb mama lah wanita terbaik yg ada dlm hidup faz.. walau faz rasa faz dah buat yg terbaik masa mama ada, tp skrg nie faz rasa x cukup x mungkin cukup..
“Faz akn sentiasa doakan mama sbb faz yakin doa faz akn sampai mama jgn risau ye ini je yg faz dpt tolong mama skrg.. love u mama..”
Rata-rata para pengikut Fazreen turut terkesan dengan kehilangannya dan meninggalkan komen agar Fazreen tabah menghadapi ujian ini.