[VIDEO] “Satu saja kami minta..” Tak Jadi Kahwin Dengan Niezam Zaidi, Nonny Nadirah Beri Penjelasan
Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Setiap pasangan pastinya mahu hubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin namun takdir menentukan segalanya.
Begitu juga dengan kisah pelakon Nonny Nadirah, 31, mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama kekasih yang juga pelakon, Niezam Zaidi, 28, terpaksa dibatalkan.
Doakan kebahagian kami dan masing-masing bertemu jodoh yang baik
Menerusi satu posting Instagram tengah malam, pelakon itu tidak mendedahkan mengenai punca pembatalan itu, namun dia memohon pengikutnya mendoakan kebahagiaan mereka dan masing-masing ditemukan dengan jodoh yang baik.
Malah, Nonny turut memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat menghubungi mereka semula untuk menjelaskan mengenai perkara itu.
“Sesungguhnya, kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang”.
“Kepada rakan media, maaf saya tidak dapat nak ‘get’ balik dengan anda semua. Pada masa ini, ‘I reserve my comment’. Harap anda semua faham,” tulisnya.
Pelakon itu sempat memuat naik video bersama Niezam
Walaubagaimanapun, Nonny turut memuat naik video dia bersama Niezam sedang menikmati sushi serta ucapan Selamat Hari Jadi buat Niezam yang bertarikh hari ini.
Video itu turut diiringi dengan latar muzik dengan melodi sedih. menerusi video tersebut, pasangan itu juga kelihatan mesra sambil bergurau dan menikmati makanan.
Selain mengucapkan ‘Happy Birthday’, Nonny turut mendoakan Niezam yang kini dipanggilnya sahabat supaya menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik.
Terdahulu, Nonny memberi bayangan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Niezam dalam tempoh terdekat ini.
Hadiri kursus perkahwinan September lalu
Berita tersebut dibuat menerusi sebuah video mereka yang sudah mengikuti kursus perkahwinan pertengahan September lalu.
Difahamkan, pada Julai lalu Niezam juga sudah berjumpa keluarga Nonny di Kota Kinabalu, Sabah.
Pertemuan secara rasmi kali pertama itu dibuat sebagai menghormati dan menunjukkan kesungguhannya dalam menjalin hubungan dengan Nonny.
Menurut Niezam, dia merancang untuk terus bernikah selepas selesai terbabit penggambaran drama Luka Di Hati Diya.
Sebelum ini, Nonny mengakui mula menjalin hubungan istimewa dengan Niezam sejak tahun lalu dan mula mendedahkan kisah cinta mereka pada Jun lalu.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa sedih atas apa yang berlaku namun mereka tetap memberikan sokongan dan menghormati keputusan pelakon itu.