Connect with us

Viral

[VIDEO] “Saya belanja..” Beri Popcorn Tanda Minta Maaf, Lelaki Terkejut Kereta Teruk Dilanggar

Sudah menjadi kebiasaan zaman kini apabila ada individu yang melanggar kereta kita meletakkan sepucuk surat tanda minta maaf semasa ketiadaan kita.

Ada yang jujur dan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi bagi menjelaskan bayaran ganti rugi namun ada juga yang tidak bertanggungjawab dan melepaskan diri begitu sahaja.

Namun lain pula dengan kisah yang terjadi baru-baru ini dimana kereta seorang pemuda ini dilanggar oleh individu tidak dikenali mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, elihatan seorang lelaki berkongsi insiden di salah sebuah tempat yang tidak diketahui.

Dia menunjukkan pada awalnya terdapat sepucuk surat dan popcorn diletakkan di atas cermin keretanya. Difahamkan, orang itu meletakkan surat tersebut kerana ingin meminta maaf selepas terlanggar keretanya.

“Sorry awak, saya terlanggar kereta awak sikit tadi. Saya belanja popcorn ye. Sorry,” tulisnya.

Bagaimana pun setelah memeriksa keadaan kereta yang individu tersebut ‘terlanggar sikit’ itu, owner kereta ini terkejut dan hanya mampu ketawa serta tidak menyangka ianya ‘sesikit’ itu.

Lelaki itu menunjukkan orang itu telah melanggar keretanya sehingga kemek di bahagian pintu belakang sehingga menyebabkan lampu pun pecah.

Video yang tular di laman TikTok:

@officialmfbz.97 Terlanggar sikit#viral #fypdongggggggg #fypシ #fyp #followformorevideos♥️♥️ #xyzbca ♬ original sound – encikmohammadfaiz

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 547.1K tontonan, 32.3K tanda suka, 1623 komen dan 1818 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan sikap sesetengah individu yang ‘lepas tangan’ setelah melakukan kesalahan.

Dalam masa yang sama ada juga netizen yang memberi cadangan agar owner kereta ini untuk memeriksa CCTV yang berada di sekitar bagi menjejaki pelaku tersebut.

Manakan tidak, ‘terlanggar sikit’ yang dimaksudkan individu tersebut rupa-rupanya meninggalkan kesan calar yang besar, kemek,pecah lampu belakang dan terkepak body kereta sehinggakan boleh memasukkan tangan ke dalam bahagian yang terkepak itu.

Berikut merupakan komen-komen daripada warga netizen:

“Irresponsible.. cr kete tu sampai dapat”

“tumpang berhuhu bang..”

“dia ingat harga popcorn tu sama dengan hargakerosakan kereta yang dia langgar..”

“nasib tak kena serangan jantung je tuan kereta tengok..”


“dia suruh tampal dengan popcorn..”

“bukan sikit.. koyak poket.. bertabah bro”

“ingat sikit tu betul2 siki.. kena macam ni demam juga la..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.