Baru-baru ini tular di media sosial mengenai Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida memaklumkan andai punya jodoh lagi dia akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya saja.
Menurut Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.
Ada ke lelaki nak dekat saya
“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti.”
“Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.”
Saya mahu cari yang level saya
“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya.”
“Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya dengan berseloroh di akaun Instagram miliknya.
Ia hanya sekadar khabar angin
Sebelum ini, ramai mendakwa dia bakal menamatkan zaman janda dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Walau bagaimanapun, Vida menafikan segala tomahan berkenaan dan menganggap ia hanya sekadar khabar angin.
Terbaru, desas-desus mengenai usahawan dengan bekas pembantu peribadinya itu bukan sekadar omong kosong.
Ahmad Iqbal Zulkefli serius mahu meminang Datuk Vida
Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram usahawan tersebut, Ahmad Iqbal Zulkefli benar-benar serius mahu menjadikan Datuk Seri Vida sebagai suri hatinya yang sah.
Malah lelaki itu mendedahkan bahawa dia mahu meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat ini selain sudah memaklumkan niat tersebut kepada kakak usahawan berkenaan.
Saya tak mahu main-main dengan perasaan ini terlalu lama
“Saya dah fikir masak-masak! Saya tak mahu main-main dengan perasaan ini terlalu lama. Saya merancang nak merisik dan meminang dalam masa terdekat.”
Walaubagaimanapun, dia masih belum dapat memberikan tarikh spesifik memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung lantas menyukarkan keluarga mereka untuk bersemuka.
Dia minta ikut adat sebab dia perempuan
“Saya dah cakap dengan Vida, dia faham maksud saya tapi dia minta ikut adat sebab dia perempuan.”
“Jadi alebih elok kalau jumpa keluarganya dahulu dan saya pun dah tak nak buang masa dah.”
Saya berkahwin sebab memang nak anak
Pada masa yang sama, lelaki berkenaan meluahkan rasa syukur kerana Datuk Seri Vida disahkan masih lagi subur dan boleh melahirkan anak lagi.
“Saya berkahwin sebab memang nak anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan dia masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar untuk saya.”
Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan
Menurut Vida, 50, dia pernah masih trauma dengan perkahwinan terdahulu dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami.
“Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan, mereka kata apabila berkahwin itu akan melengkapkan kehidupan saya.”
Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan memang ada
“Tak kurang juga ada pengikut minta saya tumpu pada anak-anak sahaja. Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan itu memang ada.”
“Tapi saya takut, rasa trauma dengan perkahwinan dahulu. Itu membuatkan saya lebih berhati-hati, nak kata serik pun ya juga,” katanya kepada mStar.
“Anak-anak, keluarga dan perniagaan merupakan keutamaan saya.”
Datuk Vida pernah berkahwin 3 kali sebelum ini
Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.
Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia
Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.
Datuk Sri Vida kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B, dan Eric Zaquan.