Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Saya harap tabiat ini dapat saya ubah..” Aiman Tino Respon Luahan Ibu

Sejak semalam, satu perkongsian yang dimuat naik ibu kepada Aiman Tino, iaitu Hazelina Mat Jalil yang seolah-olah terkilan atas sikap Aiman yang sukar dikesan dan dihubungi lalu mengabaikan dunia seni, penyanyi berkenaan tampil menjelaskan salah faham.

Menerusi laporan BH Online, Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, menjelaskan apa yang berlaku atas khilafnya sendiri.

“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima,” katanya.

Terdahulu, hantaran yang dibuat Hazelina melalui Instagram itu menjadi perhatian peminat sejak malam tadi.

BACA: “Kalau dah dikongkong bet*na, mak kau kat KKB ni.. mari cari!” Ibu Luah Aiman Tino Abaikan Keluarga & Kerja?

“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam,” katanya yang segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan masalah.

Pada masa sama, penyanyi lagu Dendam Simpati ini turut menyedari sikap sambil lewanya itu memberi kesan kepada ramai pihak termasuk ahli keluarganya.

“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.

“Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain,” katanya.

Menjawab dakwaan konon dikongkong gadis dikenali sebagai ‘Farah’, Aiman mengaku mereka berkenalan atas urusan kerja.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya.

Aiman membuat permohonan secara terbuka tentang kehilangannya.

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal tersebut di dalam konsert virtual, ITSU 360 Care U yang bakal distrim secara langsung dari Mega Star Arena, pada 20 Februari depan.

Selain Aiman, konsert tersebut turut membariskan beberapa artis terkenal tanahair seperti Ella, Wany Hasrita, Naim Daniel dan Ernie Zakri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.